Friday, July 20, 2007

DALAM KENANGAN.

Blog ini sedang berkabung atas pemergian Sofia Allysha akibat komplikasi "biliary atresia" dan sesak nafas. Allahyarhamah berusia satu tahun telah berjaya menjalani pembedahan "kasai" pada nov tahun lalu. Al fatihah buat allahyarhamah. amin. Tabahkan kami sekeluarga atas pemergian insan yg amat dikasihi.Kuatkan semangat kami ya allah untuk meneruskan kehidupan ini tanpanya...

Thursday, July 19, 2007

SIBUK, BUAT-BUAT SIBUK ATAU MENYIBUKKAN DIRI.

Sorry ... I’m updating my blog later. Now I’m really busy now

Tuesday, July 17, 2007

DARINYA & KEPADANYA

Setinggi burung mana helang terbang akhirnya pulang kesarang jua, sejauh mana penyu berenang akhirnya ke pantai dia bertelur, secantik mana mawar berkembang akhirnya layu jua. Begitulah dengan putarannya sebuah kehidupan seperti bergantinya siang dan malam. Sebuah kehidupan memang tidak dapat lari dari fitrahnya, yang hidup pastikan mati, memang fitrah dan sudah tertulis di luh mahfuz. Life is like piano, white keys are happy moments and black are sad moment. But remember both keys are played together to give sweet music. Secantik lukisan yang penuh dengan warna-warna yang indah, penuh dengan kenangan yang hanya kita yang memahaminya. Seindah bayu membelai pantai, sejernih air hujan membasahi bumi begitulah indahnya hidup ini. Dalam keindahan itu kita tidak dapat lari dari melalui kesuraman dan "dark zone". Tanpa melalui kesukaran tidak bermaknalah sebuah kehidupan kerana tiada cabaran yang menguji keimanan dan kesetiaan sebuah kehidupan. Ada masanya kita dipuncak dan ada masanya kita dibawah ibarat putaran roda didalam paksinya. Berpusing-berpusing dan terus akan berpusing sejajar dengan lingkaran kehidupan. Yang sudah berlaku, biarkanlah ia berlalu, jadikan ia sempadan untuk hari mendatang. Bak kata pepatah “Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan” begitu indahnya pepatah itu. Namun sebagai manusia kita mudah lupa. Lupa kepada pekara itu dan ini. Terlalu lupa kepada sejarah asal yang telah tercipta, menidakkan sejarah yang mengajar kita saat merangkak, bertatih, jatuh, bangun dan berlari. Sejarah mengajar kedewasaan, mengenal erti sebuah kehidupan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali namun hakikatnya pisang itu sudah berbuah berkali-kali dan akan berbuah lagi jika kita tidak mengimbau balik sedetik apa yang telah berlaku dimana silapnya dan segera perbetulkan, jika perlu pokok pisang itu dicantas maka cantaslah, jika kurang bajanya maja bajailah ia. Tidak berlu gah dimata orang cukuplah indah dimata sendiri. Tidak perlulah hipokrit dengan diri sendiri kerana kita yang tahu diri kita. Dari dia kita datang, dan kepada jua kita kembali, Asal terciptanya kita dari tanah dan kepada tanahlah jua kita bersemadi. Sepandai kita didunia ini, pandaikah kita disana nanti, pandai menjawab segala pertanyaan, Segah mana layanan kita didunia mampukah gah juga layanan yang bakal kita kecapi nanti disana, Sebesar mana pangkat kita, seramai mana teman kita punyai, namun kita berseorangan beradu diasana. Semuanya terjawab, segalanya terungkai. Yang indah tidak semestinya indah, yang manis, yang seronok semuanya pasti dan yang pahit itu tidak semestinya akan pahit lagi. Kesamaran yang belum pasti kini sudah jelas, kebenaran itu memang pahit namun yang pahit itu harus ditelan untuk menempuhi hari-hari muka. Buat keluarga allahyarham dan allahyarhamah Kapt Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sjn Khusnizam Ariffin, 34, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, 35 Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28 dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27 tahun takziah diucapkan semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. AL- FATIHAH…Jenazah meraka serta bangkai pesawat nuri ditemui pada jam 1.24 minit petang, Helikopter berjaya ditemui genap 100 jam selepas ia berlepas dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi pukul 9.25 pagi Jumaat lalu menuju Pangkalan Udara Kuantan. agar ahli keluarga mangsa dapat menerima keadaan ini dengan reda serta bersabar kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka dan Allah jualah yang Maha Mengetahui. Ingatlah … jika kita berbicara tentang sayang kepada seseorang, tuhan itu lebih menyanyanginya lebih dari kita. Jika yang mengkritik itu kita anggap musuh dan yang memuji itu dianggap kawan berhati-hatilah kerana pujian itu ada yang benar dan ada yang sinis, Kritikan itu ada yang membina dan ada yang untuk menjatuhkan. Tidak semestinya pengkritik itu musuh kerana ia mengkritik untuk kebaikan diri kita kerana sayang akan kita. Pujian semuanya pujian indah belaka. Namun dalam keindahan itu tersemat titik-titik yang bakal mewarnai rona-rona kehidupan.

Sunday, July 15, 2007

Bersyukur & Berterima Kasih.

Dalam meniti hari demi hari kita mungkin terlepas pandang atau sengaja melupakannya.Ialah dalam keseronokkan itu dan ini pekara itu sering dipinggirkan. Dibuat-buat lupa atau terlalu ego dengan diri sendiri, bukan susah hendak bersyukur dan berterima kasih. Bukan dipinta untuk dibuat pengumuman gah didada akhbar, bukan mahu dijaja-jaja supaya semuanya tahu. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang ikhlas. Biarlah tidak suka dengan apa yang dihadiahkan namun sekurang-kurangnya hargai ia sebagai pemberian ikhlas. Jika tidak sukapun just terima setelah menjadi hak milik kita terserahlah mahu dibuang atau dihumban kemana-mana. Tidak haram jika dianggap permainan dan haram jika dibuat perhiasan, terserahlah... Kita menentukannya . Tepuk dada tanya iman. Bersyukur dengan apa yang ada , terima kasih dengan apa yang telah dapat... biarlah ada dari tiada langsung. Memang masyarakat sekarang sebegitu penuh dengan stigma itu dan ini. Bagi betis mahu peha, dibagi salah tidak dibagi pun salah. Keluarlah dari zon kebiasaan, bukalah mata lihatlah disekeliling kita. Senarionya sama cuma isunya berbeza. Bukan mengungkit atau membangkit sekadar renungan bersama. Syukur dan terima kasih atas nikmat yang dikurniakan oleh yang maha esa, sebelum nikmat itu ditarik balik.
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha: Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.

Saturday, July 14, 2007

Lawatan Ke Kelas Prasekolah SK Titom

Laporan :
SK Titom terletak di pedalaman Daerah Lipis, Sekolah yang hanya dihubungkan dengan menggunakan motosikal atau berjalan kaki. Perjalanan dari Bandar Lipis ke RPS Betau melalui jalan bertar selama 2 jam,kemudian RPS Betau Ke simpang Lenjang melalui jalan balak selama 2 jam mengikut keadaan jalan dan cuaca jika cuaca hujan atau jalan licin mengambil masa antara 2-4 jam). Simpang Lenjang ke SK Titom melalui denai yang dibina oleh guru serta masyarakat setempat berukuran 3 kaki lebar sepanjang 17 km merentasi 2 buah jambatan yang dibina dari buluh dan batu serta melalui lereng bukit yang hanya boleh dilalui motosikal atau berjalan kaki jika cuaca dan keadaan jalan tidak mengizinkan(jika hujan motosikal tidak boleh melalui jalan berkenaan) menambil masa 1 hingga 3 jam perjalanan (mengikut keadaan cuaca).
Kelas yang ceria walaupun terletak di daerah pedalaman Negeri Pahang. Prasekolah ini telah dibuka pada tahun 2006 dimana seramai 25 murid orang asli telah mendaftar. Kelas Prasekolah yang semua kelengkapanya serba kekurangan terus operasi seperti kelas prasekolah di sekolah biasa. Walaupun masih baru, prasekolah ini telah menerima banyak kunjungan dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Pusat Sumber Negeri Pahang, Nazir Negeri Pahang, Nazir Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Jelai), Pengelaras Prasekolah Daerah Lipis dan banyak lagi. Suasana kelas yang ceria dan kondusif meransang murid prasekolah untuk aktif dalam P&P. Kelas yang ceria dan guru yang inovatif telah mewujudkan suasana yang baru bagi sekolah ini. Aktiviti yang kreatif membawa impak kehadiran ke sekolah, dimana kehadiran secara puratanya kesekolah 80% setiap bulan. Sesuatu yang baik bagi sekolah ketegori pedalaman (sk Orang asli). Guru yang masih baru ditempatkan tetapi menunjukkan minat yang baik dimana telah menguasai serba sedikit Bahasa Semai memudahkan P&P berjalan. Seperti kebiasaannya kanak-kanak orang asli bagi sekolah pedalaman tidak menguasai bahasa melayu menyukarkan komunikasi antara guru dan murid. Maka dengan ini guru perlu menyiapkan diri dengan pengusaan bahasa semai untuk arahan mudah. Cara pengajaran juga diubah mengikut kesesuaian murid. Dimana guru telah mengajar mengeja, membaca dan mengenal huruf dengan menggunakan bahasa semai. ( Ejaan bahasa semai sama dengan ejaan bahasa melayu) contoh KA LOK (KV + KVK) bermaksud tidak tahu. Konsep yang sama namun perlaksanaan yang berbeza. Pengajaran dengan menggunakan benda yang dekat dengan mereka, mudah difahami.Apabila mereka sudah mahir ia ditukarkan ke bahasa melayu dan menunjukkan peningkatan yang baik dan mudah difahami. Dengan adanya kelas Prasekolah ini menunjukkan perubahan dimana murid tahun satu keluaran Prasekolah lebih baik dari segi pembelajaran,emosi, fizikal, rohani and jasmani serta kebersihan. Jika hendak dibandingkan murid tahun 1 (keluaran prasekolah) dengan tahun 2 (tanpa prasekolah) jelas tahun 1 (2007) lebih baik. Ujian program KIA2M Dan G26(daerah lipis) menjadi kayu ukurnya. Ketersediaan murid untuk ke alam persekolahan (tahun 1) lebih baik jika hendak dibandingkan dengan murid yang tidak melalui kelas prasekolah.
Maka tidak hairanlah kehadiran prasekolah ini menjadi penyumbang kemenangan Sekolah dalam Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Pedalaman Negeri Pahang pada tahun 2006 dan 2007.
video sumbangan Pusat Sumber Pendidikan (TVP)

Thursday, July 12, 2007

Main-Main Dan Di Mainkan.

Entahlah... dalam kehidupan ini, pelbagai liku dan ranjau yang bakal ditempuhi jika tidak terluka mungkin tercarik... Alangkah indah jika segala yang diimpikan terjadi bagai angan-angan. Ah manakan semua yang dicita dapat, tidak dinamakan sebuah kehidupan jika tiada percikan warna-warna lain yang akan menceriakan hidup. Warna-warna itu yang mengajar erti sedih, suka, duka, girang dan pelbagai lagi. Setelah selesai menikmati hidangan malam den bersama rakan serumah berbual kosong mengenai sejarah masing-masing, untuk berkongsi cerita. Bagi den peluang untuk bermesra sebegini sukar dilepaskan. Benar sekali cerita itu dan ini banyak memuhasabahkan diri. Den bersyukur dengan apa yang ada. Cerita mereka mengenai kehidupan mereka pelbagai liku, sejarah yang mengajar erti dewasa. Kasih sayang yang tiada penghujungnya. Pelbagai lagi isu yang dekat dengan diri kami. Tak perlulah berbual tengtang isu yang besar-besar sedangkan isu kecil belum diselesaikan, biarlah isu kecil diselesaikan dahulu supaya kudis itu tidak merebak. Kesimpulannya berkongsi cerita itu dan ini menjadikan den bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, masih punyai tempat mengadu, tidak seperti mereka yang telah kehilangan dahan berpaut. Syukur den kehadrat ilahi.insyaallah akan den gunakan kelebihan itu untuk membahagiakan nikmat itu sebelum ia ditarik.
Main-main atau di mainkan? hihihihihi... Kesian den melihat Salimi, demam-deman dia hari ini. Bukan niat den untuk mempermainkan dia jauh sekali mengenakan dia. Kisahnya bermula begini...
Macam ini ke muka den ketika itu?
Semalam sedang asyik den membaca blog orang lain den dikejutkan oleh suara garau persis bapak orang memanggil den mengajak den pulang ( untuk pengetahuan semua semasa itu den masih di pejabat) Den sekadar berpaling dan memandangnya tanpa bersuara, al maklumlah semalam gusi den sikit, manakan tidak sakit semasa den Flos gigi, den terkuat menarik benang flos sutera berkenaan menyebabkan gusi den terluka lalu bengkak. Malas den bercakap banyak. Den sekadar berpaling dan memangdangnya dengan isyarat sebentar den mahu mematikan komputer riba den . Dia membuat muka cuak... Sambil menjerit betulkah den itu... (salimi nie memang penakut sikit) dia menjerit berlari ke rumah mengatakan den dirasuk mata merah. Tidak sempat den memberitahunya kejadian sebenar. Ahh penakut benar... getus hati den. Keesokan harinya den bertanyanya kenapa berlari semalam? Katanya pada den. Den dirasuk, mata merah dan tidak berkata-kata. Den menerangkan sebenarnya kenapa den malas bercakap dan kenapa mata den merah... Aiyoo dah pukul 1.00 pagi manakan tidak merah mata... mengantuk la. Kasihan salimi sampai demam dia... Yang penting Salimi benar-benar takut ketika itu... Muka den ini macam muka hantu ke?

Tuesday, July 10, 2007

TIDAK....

Uweekk... nak muntah den arinie. Mana idaknyer, ngah den kusyuk nengok Tv kat kelas den yang put pasang tu. Tetiba jer ader budak muntah depan den.... Aiyooo kalu muntah ijau ko kuning ko x po gak, nie muntah cacing gelang...... Po lagi den terus la bangun, Yang klakau nya Put siap lari keluar kelas sebab dio geli nengok cacing, besau plak!!! yg paling menakutkan dia kuar ikut mulut budak tu. Cubo ekau bayangkan...Den nengok muka put wawawawawawa klakau giler. Muka dia dah cam tin sardin hihihiihihihi. Cam sardin nie kot muko dio...
Oppss sbelum tu lupo plak kelas den yg cantik tu digunakan oleh Put untuk tayangan perdana dgn bebudak dio.Almaklumlah kelas den kan abis awal 11.30 den udah free. Hihihi pastu den suruh bebudak buang cacing tu kat luar semua budak buat muka cuak gak cam put (anak murid ngan cikgu sama je) den pun ambik kayu and suruh budak tu angkat dengan kayu buang kat luar... Yeaaik den pun geli tp x lah menunjukkan kelian tu. Put je yg tidak dapat mengawal kegelian dia sebab dah tahap kritikal... mesti x lalu makan lepas nie dio hahahahah.MAKAN... den emmm "makan sukar dipisahkan dari den ". Ekau semuo nak tgk ko gambau budak tu muntahkan cacing tu? x yah la 18sg hihihi mcm dlm citer hantu tu la anak kuar ikut mulut... Jgn salahkan den jiko ekau semuo idak lalu makan selepas nie... Tutup mato kalu idak mau nengok.

Banjir O Banjir...

Banjir oh banjir ooo rumah den naik air ooo... Aiyoo rumah den banjir malam tadi. Bukan sebab air bah, bukan juga sebab hujan dan bukan juga sebab sungai yang tersekat dengan sampah. Bukan sama penyebabnya yang membuatkan sekitar lembah klang banjir dulu. Rumah den banjir disobab kan oleh paip tandas den pocah. Beginie citonya malam semalam sedang lena den diulit mimpi yang indah (indah ko?) tetibo jo den dengau kecoh-kecoh suaro salimi dan romi dok ketuk-ketuk pintu rumah den, den tengok lah jam udah pukui 1 pagi. Po ko bondonya bising2 ngah pagi-pagi ni? den dengan malehnye bangun... buka pintu bilik jo "keluar x sodau yang den nie cumo pakai boxer jo(biaso lah tido)"nampak air melimpah depan pintu bilik den... den po lagi buka pintu utamo biau dio berduo masuk dan den tengok rumah den penuh dengan air sikit lagi nak melimpah masuk bilik. Ruang tamu penuh air, ruang lepak pun penuh, tinggal bilik jo belum lagi nak masuk air(nasib baik). Den pon cari punconye ruponya paip tandas den kat kepalo paip tu pocah air bersombur-sombur macam air pancut kat KLCC tu. Aiyooo den malehnyo nak mengemop... dah le mata den nie ingat tidur jo. Den kuar rumah just tutup paip utamo jo.Kan dah tak bersombur-sombur air tu. pandai tak den...hihihihi. Salimi n romi pun balik rumah dio, sbelom tu den tanyo dio buek po lambat balik nie? dio cakap dio tgk bola sambil berborak pasal AFC Malaysia kalah lawan china... OOOO den maleh nak melayan terus kunci pintu, tengok rumah penuh air maleh den nak mengemop pagi-pagi ginie udah pukul 1.30 dah. put mana? Tido mati ruponye dalam bilik dio, idak sedau po. Wawawawa. Den pon biau jo, lantak lah nak penuh air pun janji x masuk bilik den.Den ngantuk, subuh esok baru den nak mop. Den pon sambung ZzZzZzZz. Pagi nie den bgn lewat skit (sikit ker banyak ye?) hihihihi. Buka pintu bilik tgk rumah dah x dak air melimpah dah? Dlm hati mungkin put mop awai2 lg, den pon tanyo lah dio.Dio boleh buat muka cuak... Banjir? mana ader banjir, den pon buek x tau jo lah. mungkin air tu kering sendiri kot.... Hihihihihihi. Nampak sangat dio tido mati.... letih kot (dalam hati den la), tu dio jo yg tahu. Yang penting dah x payah den nak mengemop.... :)

Bonda, Ina Naim & Mawi...

Wow tajuk dia... den bukan po. Aritu maso den balik kampung den ado den berborak ngan bonda den. Pastu boleh plak bonda den bercerito dia poi tgk mawi live. So den layan jo lah. Dia bercerito pasal Mawi nyanyi skojap jo, dah la dekat hujung2 baru kuar nyanyi. Bonda den pun pandai main trick gak dia poi konsert tu lewat skit bukan po, dio udah tahu mesti ramai orang punyo n mawi mesti hujung2. Dalam dok berborak tu dio boleh cakap bilo plak Ina Naim tu nak buek konsert plak dio nak poi tgk. Bonda den nie bukan po dia memang suko mawi & ina tu. Biarpun mereka dah x dak ikatan bonda den memang suko. Kalu dio naik keto ngan den siap bawak cd mawi & ina nak dengau kat dlm keto. Memang suko bebenau lah kiranyo. Den & Ayah den pun nakal jugak ado satu kali tu kiteorg sorokkan Cd kesayangan Bonda den tu. Wawawawa pueh dio cari segalo beg tangan dio yg satu almari tu dio cari, siap nak naik keto poi beli cd baru pastu kesian plak den kat bonda den so den bagitau la den n Ayah den sorokkan. Majuk gak la bonda den tu. Tak pasai2 ayah den keno blonjo makan. Yummy makan den memang suko makan. "Den n Makanan Sukar Dipisahkan". Bonda den pun samo kalu dio majuk blanjo makan, ok la nanti tu. Yang penting bonda den siap amik poster and autograf mawi... den tanyo mcm mano bleh dapet nie mesti berobut punya. Dengan slambernyo Bonda den bgtau dio upah budak dokat situ RM10 tuk dapatkan dio autograf tu. Klakau bonda den nie. Den tetap pendengar yg setio walaupun den x minat sgt mawi pun. Lainlah kalu Adibah Noor den memang suko kat dio. Pas abih dio crito pasai mawi dio cito plak pasai Ina naim tanyo den bilo nak buat konset? Den bagitau la Ina tu nyanyi life x sedap. Bonda den dah pandang lain jo... hahahaha.

Monday, July 9, 2007

Indahnya bumimu...

Gambau nie den ambil udah lamo pastu den lupo ntah den lotak manonya idak tahu tetiba arinie godek-godek jumpo plak io. Maka den nak tepek lah gambaunyo. Pueh den tunggu nak dapat angel yg terbaik dan tercantik. Memang cantik loo. idak nye caye? maie den tunjukkan...

wow cantiknya, inielah kebesaran tuhan yg maha mencipta. Bilo den nengok keindahan sebeginie den raso diri den nie kerdil sgt. Maha suci tuhan. Walaupun terpisah oleh hutan bolantaro, laut nan luas, di puncak yg tinggi namun keindahan ini tetap dapat dinikmati oleh segenap manusia di seantero dunio nie. Begitulah kehidupan.

BELATED CAMERON TRIP

Walaupun belated den idak kira nak cerito jugak dokat semua yg ado pasai den poi CH(baco Cameron Highland leh). Mano idaknyo den tertinggal kemera Nikon den dokat umah di kampung, cam mano den nak tepek2 gambau kan. Wiwiwi pado Mr P sowie deh, sobab den dio idak posting ini cerita.Hihihi semua gambau dokat den... (kalu marah nanti den sunat ekau). Oppps lari topic nie mano ntah melalut sampai sromban udah nyo. Den bukan po nak cito pasal gi CH nie sobab den tertipu ( mcm cite Ali setan lak "tipah tertipu..." ) Alfatihah buet Allahyarham Izi Yahya. Iyo la Mr P & Mr R bagitau den sojuk n nyaman nyo lah CH tu den pon terpedayo lah. Ruponyo hampeh, Berpoluh den nasib baiklah nyaman tu ado. Lupo lak den nak bgtau den poi CH tu ngan Mr P & Mr R. Naik keto den hihihihi. Memulonyo lalu jalan Gua musang to kampung rajo sejuk jugak le mato memandang n nyaman sampai nampak kabus2, Den suko (Banjaran titiwangsa) cantik sgt ler. Pastu ngan cuaco yg matahari baru nak naik memang cantik ler. Siap brenti dulu nak snap gambau. Alamak den sakit porut lak terpaksolah den tahan2 mano adonyo tandas tongah2 utan tu (sabo ajo lah ).
Sampai jo dokat CH tu den n the gangs ronda-ronda dulu siap tangkap gambau kat pokok teh, brincang,tanah rata, sampai abis le kite org pusing kemdian duk cari hotel, tanyo hotel sini aiyooo RM 250 tanyo hotel situ lak RM 150 plak den bukan po x kisah pon tapi kalu ado yg memurah lg baguih. Lalu lah dekat Maybank tanah rato tu ingatkan nak gi ambil duit idak ado parking pulak, secara kebetulan ternampak BUDGET HOTEL semalam RM 50 ajo den suruh la Mr P tanyo, yahoo... memang betul murah beb tapi disebabkan ari cuti means Friday to Sunday extra la plak Rm 1o mako jadilah rege dio Rm 60 ringgit kiro jadilah. tu.
Ari dah dokat zohor den pon poi la solat jumaat dokat masjid tanah rato jo, yg penting den jalan kaki jo (parking payah betui la dokat situ). Maso den dgr khutbah tu lah terkojut gak den mano daknyo dia punya khutbah best gilo pasal boikot syarikat yg menyalurkan keuntungan ko israil or amerika, ayat dio ( seringgit yg ekau belanjo kan utk boli di syarikat tu mako seringgit jugolah disalurkan ko israel untuk membeli peluru bagi menyerang palastin. Mako duit ekau tu membunuh satu atau lobih nyawo umat islam. Dalam hukum membunuh sesamo islam itu berdosa besau mako kita berdosa jugaklah ) katonya. Den insaf dio siap sebuit syarikat yg salurkan keuntungan dio kat israil or amerika. Sekian tazkirah den. Blk tu siap selipar Mr R ilang sian dio.Ok kito berbalik balik pado crito asai. Pas solat den gi makan kat fastfood gak but x dok dalam list yg dalam khutbah tu ok. marrybrown jo. Kemdian balik tu jenjalan skojap terus balik merehatkan badan.
Malamnyo tu den gi jenjalan pasar malam, semuo pakat shoping,ade stoberi kring n fresh, bungo, madu,kordial, baju, sayur-mayur dan ape kebenda lah bayak sgt kat situ. Den sempat juo beli cendawan goreng buat kudap2 sambil shoping. hihihihi ( den dan makan sukar dipisahkan )
Balik dari pasau malam den n the gang ronda tanah rato lagi tgk keadaan malam di sano. Samojo cuma sejuk sikit jo malamnyo. Balik tido, sodapnyo la tido sesejuk cam nie.
Bgn tido chek out and terus gi jenjalan kat taman rama2, gi kebun stroberi, makan aiskrim malaysia, Tgk Mr P shoping bungo byk tu... Terus balik. Kesimpulanyo CH tak lah sesejuk yg digambarkan cubo nyaman ajo. Kemdian usahlah terpedayo dengan org jual bungo tu cakap bungo kering tu tahan sampai 5 tahun dia spedo ajo. What ever pun trip nie memang enjoy and fun. Ok lah selamat tinggal CH...

070707

Wow angka tu ader ong. Jatuh plak pada ari sabtu memang baguih bebenou lah. Gi jenjalan kat sini-sinie jer bawakan Cik Munger yang datang dari jauh ronda-ronda bandar usang tu. Acara berkenaan dinamakan Ronda 070707 dimulakan dgn "MAKAN" hihihihi makan la nanti lapau plak! ( senyum cam cik muger) makan nasi kerabu serve with ayam panggang best siap ader keropok. Hingga menjilat ibu jari kaki ( sesuai tak uols ). Memang sedap ayam panggang dia, makan plak yg masih panas2 lagi. Kemdian gi jenjalan kat batu jalan yg ader 0 km tu hihihihi kat lipis jer ado kat lain nan ado ok.
Pastu ronda-ronda kat IPTAA tempat den blajou dedulu snap2 gambau ( Cik Munger pantang nampak bunga mesti snap) sukenyer...muah...muah...
Pastu terus bergerak ke daerah sebelahnyer jalan mcm roler coster swing-swing.... best siot melambung-lambung. Bila la kerajaan nak buat higway kat situ den pun idak nye tahu. Sampai kat situ solat and terus ke TAMAN NEGARA, best naik crosing boat tu cas sehinggit je sowang.
Dah sampai seberang kena naik tangga tinggi letih gak la plak and nampak tempat makan terus perut lapau yer la dah dekat kul 3 time tu. MAKAN la dulu best air dia "TROPICAL PUNCH" best la rasa cam buah kiwi skit. Chiken chop dia best gak serve with mushroum souce. Cik Munger makan Friend Rice serve with satay , "PAPADOM" and vegi. Tapi sian kat Cik Munger kesayangan ku itu lime juice dia nan ado gula tawar hebiaq. Pas isi perut gi jenjalan jap pusing2 situ terus balik. Masa ngah on da way balik jumpa menatang aper la x tahu plak den nomo pe nye tu,but Cik Munger cakap comel. Terus balik ker kampungku ingatker nak singgah umah but dah lewat yer la CM nak balik nanti sampai lewat kat KL payah lak, nanti den jugak yg risau. Sian CM x dapat jumpa mak den. CM sowie eks. Masa kat stesen bus tu den boleh lelari kejau bas tu dia nak bergerak dah pokobonda ntah dikojaunyo. Terus lambai-lambai CM. hihihiihihi.... tatatata. ha po lagi den dah abis cito dah x reti-reti nak gi jengok blog lelain. ok lah den sebonounyo idak ado mood nak menolis tp disebabkan den bosan yg amat den tulis jugak lah.