Entahlah... dalam kehidupan ini, pelbagai liku dan ranjau yang bakal ditempuhi jika tidak terluka mungkin tercarik... Alangkah indah jika segala yang diimpikan terjadi bagai angan-angan. Ah manakan semua yang dicita dapat, tidak dinamakan sebuah kehidupan jika tiada percikan warna-warna lain yang akan menceriakan hidup. Warna-warna itu yang mengajar erti sedih, suka, duka, girang dan pelbagai lagi. Setelah selesai menikmati hidangan malam den bersama rakan serumah berbual kosong mengenai sejarah masing-masing, untuk berkongsi cerita. Bagi den peluang untuk bermesra sebegini sukar dilepaskan. Benar sekali cerita itu dan ini banyak memuhasabahkan diri. Den bersyukur dengan apa yang ada. Cerita mereka mengenai kehidupan mereka pelbagai liku, sejarah yang mengajar erti dewasa. Kasih sayang yang tiada penghujungnya. Pelbagai lagi isu yang dekat dengan diri kami. Tak perlulah berbual tengtang isu yang besar-besar sedangkan isu kecil belum diselesaikan, biarlah isu kecil diselesaikan dahulu supaya kudis itu tidak merebak. Kesimpulannya berkongsi cerita itu dan ini menjadikan den bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, masih punyai tempat mengadu, tidak seperti mereka yang telah kehilangan dahan berpaut. Syukur den kehadrat ilahi.insyaallah akan den gunakan kelebihan itu untuk membahagiakan nikmat itu sebelum ia ditarik.
Main-main atau di mainkan? hihihihihi... Kesian den melihat Salimi, demam-deman dia hari ini. Bukan niat den untuk mempermainkan dia jauh sekali mengenakan dia. Kisahnya bermula begini...
Macam ini ke muka den ketika itu?
Semalam sedang asyik den membaca blog orang lain den dikejutkan oleh suara garau persis bapak orang memanggil den mengajak den pulang ( untuk pengetahuan semua semasa itu den masih di pejabat) Den sekadar berpaling dan memandangnya tanpa bersuara, al maklumlah semalam gusi den sikit, manakan tidak sakit semasa den Flos gigi, den terkuat menarik benang flos sutera berkenaan menyebabkan gusi den terluka lalu bengkak. Malas den bercakap banyak. Den sekadar berpaling dan memangdangnya dengan isyarat sebentar den mahu mematikan komputer riba den . Dia membuat muka cuak... Sambil menjerit betulkah den itu... (salimi nie memang penakut sikit) dia menjerit berlari ke rumah mengatakan den dirasuk mata merah. Tidak sempat den memberitahunya kejadian sebenar. Ahh penakut benar... getus hati den. Keesokan harinya den bertanyanya kenapa berlari semalam? Katanya pada den. Den dirasuk, mata merah dan tidak berkata-kata. Den menerangkan sebenarnya kenapa den malas bercakap dan kenapa mata den merah... Aiyoo dah pukul 1.00 pagi manakan tidak merah mata... mengantuk la. Kasihan salimi sampai demam dia... Yang penting Salimi benar-benar takut ketika itu... Muka den ini macam muka hantu ke?
No comments:
Post a Comment