Minggu lalu fikiranku begitu berserabut, tanpa sebarang punca, tiada masalah yang membelenggu benakku tapi kepalaku pusing badanku tak bermaya namun kugagahi jua mengikut putaran waktu. Aku seolah-olah gagal mengawal koordinasiku, perasaan sentiasa berdebar-debar tanganku sedikit menggeletar pada mulanya kuingatkan mungkin perutku kosong namun telahan ku menyimpang sekali. setelah perutku diisi ia masih seperti itu. Aku pusing jiwaku kacau. Minggu lepas aku begitu mencari kedamaian, dimana letaknya sebutir kegembiraan yang selama ini bertakhta dihatiku, hilang... aku bermain dengan perasaanku terus dibuai kekeliruan. Nampak luaran aku masih seperti dahulu namun didalamnya siapa yang tahu? jiwaku bergelora mencari jawapan yang tidak pasti...
Jumaat 4.mei 2007
Pagi itu aku terus diselubungi pertanyaan, mengapa begini? mengapa begitu? fikiranku kusut... Sehinggakan masa berlalu tanpa kusedari. Jumaat ini aku keluar dari daerah yang dahulu kurasakan tenang tapi kini berbeda sekali, aku seolah-olah terasing dalam mencari jawapan sebuah misteri itu? Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam lebih itu kurasakan lama sekali. Jasadku berada disitu namun mindaku terawangan... kacau sungguh membuatkan aku keliru. Lamunanku itu acapkali terhenti tika denyutan itu makin kuat, sungguh kuat seolah-olah merobek kepalaku puas kutahan agar ia tidak disedari oleh yang lain. Aku seolah-olah tewas dalam perjuangan yang kuciptakan. Tuhan berilah aku kekuatan...
Tengahari itu, aku menikmati hidangan seadanya walaupun jiwaku kusut namun seleraku masih seperti dahulu tidak pernah luntur. Terlintas di fikiranku makan lah selagi kerongkong ini masih selera... Aku terus memandu pulah dari pekan K ke bandar KL. Perjalan yang singkat itu kuhabiskan dengan berceloteh untuk mengurangkan sedikit kegusaran jiwaku entah mengapa?
Petang itu aku memandu sendirian untuk ke rumahku perjalanan yang dihiasi keindahan alam itu tidak sedikitpun mencuri perhatianku, aku seolah-olah asing dalam diriku sendiri. Aku dikejutkan dengan kelibat seseorang menahan keretaku, kelibat itu aku kenal sekali. Kasihan kawanku itu keretanya rosak dari air mukanya mengambarkan segala yang dijiwanya, jelas sekali. Kegusaran,kegelisahan dan semuanya dapat kubaca. Aku ? entahlah... aku diluar nampak begitu hebat, Happy go lucky namun didalamnya seolah-olah ombak memecah pantai memang aku seorang yang begitu perahsia. Rahsiaku hanya aku yang tahu. Sukar untukku kongsi menjadikan aku misteri dan sukar difahami begitulah persepsi orang mengenaiku. Memang aku akui bermacam cerita boleh ku khabarkan, pelbagai pengalaman suka ku kongsi namun tidak sama sekali mengenai hal peribadi. Biarlah ia menjadi misteri ku.
Sabtu 5 mei 2007
Awal sekali tidurku terjaga, pelik selalunya cuti-cuti begini aku masih lagi berlingkar di kamar masih ditemani bantal pelukku namun tidak pagi ini. Aku terus mandi membersihkan diri. Baru kuteringan cikmy ku perlu dihantar servis. Aku memanjakan cikmy ku hari ini. Biarlah ia dimanjakan hari ini setelah lama ku lanyak ia untuk berbakti buatku.
Hari sabtu itu berlalu tanpa kusedari hanya seketika dapat kukecapinya. Aku tak tahu mengapa aku masih lagi lemas dalam diriku sendiri. Aku dihantui rasa takut yang teramat sangat. .
Ahad 6 mei 2007
Aku masih seperti sebelumnya lakonanku begitu cemerlang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hujung minggu ini tada apa yang berlaku selain aku terus menghabiskan masa untuk diriku.
Isnin 7 mei 2007
Biarlah hari ini berlalu dengan seribu kenangan...
Selasa 8 mei 2007
Alhamdulillah aku masih disini. Esok siapa yang tahu kerna aku tidak punya kuasa untuk mengetahuinya...
No comments:
Post a Comment