Tuesday, July 17, 2007

DARINYA & KEPADANYA

Setinggi burung mana helang terbang akhirnya pulang kesarang jua, sejauh mana penyu berenang akhirnya ke pantai dia bertelur, secantik mana mawar berkembang akhirnya layu jua. Begitulah dengan putarannya sebuah kehidupan seperti bergantinya siang dan malam. Sebuah kehidupan memang tidak dapat lari dari fitrahnya, yang hidup pastikan mati, memang fitrah dan sudah tertulis di luh mahfuz. Life is like piano, white keys are happy moments and black are sad moment. But remember both keys are played together to give sweet music. Secantik lukisan yang penuh dengan warna-warna yang indah, penuh dengan kenangan yang hanya kita yang memahaminya. Seindah bayu membelai pantai, sejernih air hujan membasahi bumi begitulah indahnya hidup ini. Dalam keindahan itu kita tidak dapat lari dari melalui kesuraman dan "dark zone". Tanpa melalui kesukaran tidak bermaknalah sebuah kehidupan kerana tiada cabaran yang menguji keimanan dan kesetiaan sebuah kehidupan. Ada masanya kita dipuncak dan ada masanya kita dibawah ibarat putaran roda didalam paksinya. Berpusing-berpusing dan terus akan berpusing sejajar dengan lingkaran kehidupan. Yang sudah berlaku, biarkanlah ia berlalu, jadikan ia sempadan untuk hari mendatang. Bak kata pepatah “Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan” begitu indahnya pepatah itu. Namun sebagai manusia kita mudah lupa. Lupa kepada pekara itu dan ini. Terlalu lupa kepada sejarah asal yang telah tercipta, menidakkan sejarah yang mengajar kita saat merangkak, bertatih, jatuh, bangun dan berlari. Sejarah mengajar kedewasaan, mengenal erti sebuah kehidupan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali namun hakikatnya pisang itu sudah berbuah berkali-kali dan akan berbuah lagi jika kita tidak mengimbau balik sedetik apa yang telah berlaku dimana silapnya dan segera perbetulkan, jika perlu pokok pisang itu dicantas maka cantaslah, jika kurang bajanya maja bajailah ia. Tidak berlu gah dimata orang cukuplah indah dimata sendiri. Tidak perlulah hipokrit dengan diri sendiri kerana kita yang tahu diri kita. Dari dia kita datang, dan kepada jua kita kembali, Asal terciptanya kita dari tanah dan kepada tanahlah jua kita bersemadi. Sepandai kita didunia ini, pandaikah kita disana nanti, pandai menjawab segala pertanyaan, Segah mana layanan kita didunia mampukah gah juga layanan yang bakal kita kecapi nanti disana, Sebesar mana pangkat kita, seramai mana teman kita punyai, namun kita berseorangan beradu diasana. Semuanya terjawab, segalanya terungkai. Yang indah tidak semestinya indah, yang manis, yang seronok semuanya pasti dan yang pahit itu tidak semestinya akan pahit lagi. Kesamaran yang belum pasti kini sudah jelas, kebenaran itu memang pahit namun yang pahit itu harus ditelan untuk menempuhi hari-hari muka. Buat keluarga allahyarham dan allahyarhamah Kapt Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sjn Khusnizam Ariffin, 34, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, 35 Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28 dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27 tahun takziah diucapkan semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. AL- FATIHAH…Jenazah meraka serta bangkai pesawat nuri ditemui pada jam 1.24 minit petang, Helikopter berjaya ditemui genap 100 jam selepas ia berlepas dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi pukul 9.25 pagi Jumaat lalu menuju Pangkalan Udara Kuantan. agar ahli keluarga mangsa dapat menerima keadaan ini dengan reda serta bersabar kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka dan Allah jualah yang Maha Mengetahui. Ingatlah … jika kita berbicara tentang sayang kepada seseorang, tuhan itu lebih menyanyanginya lebih dari kita. Jika yang mengkritik itu kita anggap musuh dan yang memuji itu dianggap kawan berhati-hatilah kerana pujian itu ada yang benar dan ada yang sinis, Kritikan itu ada yang membina dan ada yang untuk menjatuhkan. Tidak semestinya pengkritik itu musuh kerana ia mengkritik untuk kebaikan diri kita kerana sayang akan kita. Pujian semuanya pujian indah belaka. Namun dalam keindahan itu tersemat titik-titik yang bakal mewarnai rona-rona kehidupan.

2 comments:

~SyaFini Rosli~ said...

Allah tidak akan menguji manusia lebih daipada yang mampu ditanggung mereka. Dia lebih menyayangi hamba ciptaanNya lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri.

Anonymous said...

al fatihah kepd yg terkorbn mgsa nuri tu..

allah x kn henti menguji hamba2 nya.. tu tnda dia sygkn kita..