Monday, April 28, 2008

DAH PINDAH

Dengan ini saya penyimpan mohor-mohor besar kerjaan TITOM ingin menyampaikan amanat kebawah duli paduka Kerajaan Titom, Mengishtiharkan kerajaan ini akan berpindah ke istana baru. sila klik sini gambar untuk ke istana baru.
SEKIAN

Wednesday, January 2, 2008

Sunyi ku disini...

Hari ini, Hari pertama kaki ku memijak kaki disini. Selalunya bila yang pertama ku akan berasa teruja sekali, namun kini ia bagai mawar pudar warnanya. Kegembiraan disini bagaikan hilang serinya. Keindahan alam disini bagaikan tiada makna bagiku. Kesegaran udara yang dahulunya nyaman rasanya tapi kini entah dimana hilangnya. Kehijauan alam disini masih seperti dahulu, keindahan bumi tuhan tetap terpelihara. Namun ku berasa kehilangan. Senyi ku sendirian di sini. Tiada lagi hilai tawa, tiada lagi kawan untukku berkelahi, tiada lagi kawan untuk ku berbalas kata-kata. Tiada lagi...
Kini ku sendiri. Semuanya pergi bukan dihalau, semuanya pergi kerana tanggungjawab. Tangunggjawabku disini dan akan ku pikul dalam kesunyian ini. Buat teman serumah ku yang sama sepertiku memulakan tugas yang diamanahkan hari ini. Ku doakan kalian bebahgia ditempat baru. Bermula disini dan berakhir jua disini. Kalian tetap terpahat dalam sejarah.
Buat putra selamat ku ucapkan buat kau di mela, moga segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Semoga yang dikecapi membuatkan dikau bahagia. Usah menoleh kebelakang, teruskan langkahmu menuju impian.
Buat AcaSkt, syukur alhamdulillah setelah setahun berjauhan dari isteri tersayang kini kau dapat memainkan peranan sebagai suami yang sentiasa disisi isterimu. Berbahagia ku ucapkan dikau bersama teman baru di jengka 4.
Buat Awang aka Shomad, lari mulut harimau masuk mulut buaya. Sedih kiranya berpisah dengan seorang yang ku anggap ketua sebab dia dah vateran, hihihi... jgn marah eks. nasihat mu akan ku jadikan sandaran. Berbahagia dikau di sekolah orang asli di gua musang.
Aku masih disini, setia dibumi TITOM ini. Kesunyianku akan ku rawat sendiri. Buat kalian semua biar jauh terpisah ikatan persahabatan buat kalian semua akan tetap utuh.
Biarlah mereka pergi membawa haluan masing-masing kerana aku jua bakal membawa layaranku mengikut rentah ku.

Sunday, September 9, 2007

LELAKI INI.

LELAKI INI by ANUAR ZAIN
Kasih, kenanganku
Ingatkah saat-saat dulu
Kasih,
apakah dirimu
Merasakan semua itu Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu,
tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan muHanya dirimu…
Karena cintaku,
tak berbatas waktu
Karena cintaku,
tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Hujan.

Hari minggu disini suram bagiku, aku menghitung detik-detik agar masa itu cepat berlalu, kobosanan yang amat telah melanda jiwa ini. Aku mengadap peti telivision dari pagi hingga ke tengahari, nasib baik rancangan CSI kegemaranku ada 3 siri sekaligus hihihihi. Terubat seketika bosanku. Kawan-kawan yang lain telah lama ke staff room sibuk agaknya ( tapi sebenarnya menyibukkan diri layan blog la upload lagu la dan sebagainya) hihihihi. Aku setia menjadi penunggu setia dihadapan kotak bersuara itu. Asyik dan teruja melihat cara mereka bekerja. Alah iklan plak la... Sementara iklan aku bangun untuk membasahkan kerongkongku mataku terpandang panorama luar... Ah gelap, hujan ke? dalam hati berdoa agar hujan tidak turun kerana pakaian yang ku basuh semalam belum basuh lagi gara-gara semalam gerimis mengundang. Hatiku tak sedap lantas laju sahaja langkahku ke ampaian untuk mengangkat pakaianku.... Kuraba-raba baju dan seluar, alhamdulillah semuanya kering. Selesai aku mengangkat pakaian gerimis mula turun. Tanganku depa untuk menikmati rintik-rintik gerimis itu. Indah dan segar sekali menikmati rintik-rinrik itu. Kusangkakan hanya gerimis.... namun ia semakin lebat, rintik-rintik yang tadi indah mengingah badanku kini bertukar seolah-olah batu-batu menimpa badanku. Aku berlari-lari anak menyelamatkan diri. Pedih terasa ditanganku. Air hujan mencurah-curah membasahi daerah terasing ini... Aku kembali mengadap tv namun puas ku tekan-tekan butang di alat kawalan itu. Habis baterikah ia ( ubat lampu bak kata sofi) mana mungkin... ia baru ditukar oleh en Dw. Atau solar sudah habis, aku melangkah malas ke kotak suis. Emmm isyarat solar masih ada. Aku kembali duduk dikerusi sambil menekan-nekan punat alat kawalan. Oppss rupanya signal astro tiada. Aduh bentak hatiku... Ituulah kelemahan astro bila hujan atau berangin siaranya tergendala. Aku dengan malas melangkah ke staff room....

Hari masih gelap dilangit. Dalam hatiku terdetik adakah hujan ini akan terus berlarutan. Dugaan akan makin bertambah bila hujan melanda. Adakah ramadhan kali ini akan diiringi cuaca lembab.Tahun lepas ramadhan dengan cuaca kering Adakah ramadhan kali ini akan menguji iman kami setelah tahun lepas ramadhan disini kami lalui dengan cuaca yang baik. Mungkin itu ujian yang bakal kami lalui, Aku berdoa agar ramadahn kali ini akan berlalu dengan baik dan kami dapat memenuhkan keberkatan disini... Insyaallah. Hujan satu nikmat, Ramadhan satu keberkatan, Disini satu pengorbanan....

Saturday, September 8, 2007

Sebiji Epal Hijau...

Sebiji epal hijau, ya epal hijau. Mana datangnya sebiji epal hijau ini? Mungkin ia hanyut dibawa arus deras. Namun semalam arus sungai disini deraskah? kotak memori ligat memikirkannya, mana mungkin, semalam (actually pagi) semasa den balik daerah terasing ini tidak hujan,malah malam itu setia ditemani bintang-bintang diangkasa. Deruan angin seperti biasa, sejuk hingga ketulang temulang. Emmm memang sejuk, mana tidak sejuknya sudah pukul 2.05 pagi. Beginilah senarionya kami disini, mencari keseronokkan di alam maya sehingga masa itu di luar sedar kami. Namun itu hanya jika kelapangan atau cuti sahaja. Tugas major tetap nombor satu.

Pagi ini, sabtu aku bangun sedikit lewat, biasalah sengaja aku rebahkan kembali badanku selepas kewajiban tertunai. Mataku ku pejam erat-erat namun sebiji epal hijau terus bermain-main dibenakku. Lantas aku bangun ke bilik mandi... kubuka paip airnya kecil sahaja. Air jernih mula keluar... sejuknya !! niatku tadi ingin mandi kubatalkan saja. Langkahku kembali ke katil, namun langkahku mati bila teringatkan sebiji epal hijau itu... Ahhh... mengapa?? Aku berlalu, membawa baldi yang penuh dengan baju ku kumpul seminggu lamanya. Aku asing-asingkan baju, seluar, stokin dan segalanya.

Yang kotor kurendamkan dengan vanish, yang biasa-biasa aku terus basuh dengan sabun buku dan dynamo. Memang aku agak malas menyental baju-baju ku maka aku gunakan sabun-sabun yang boleh menghilangkan kotoran tanpa perlu ku sental kuat2. Selesai ku sental baju itu kubilas membuang sisa sabun dan kurendam dengan pelembut. Rajin benar ku hari ini membasuh segala baju-bajuku, teman serumahku juga rajin habis satu rumah dikemasnya. Sedang asyik aku membasuh baju.... teriakan teman serumahku begitu nyaring memanggilku diruang membasuh. Aku yang basah lencun ini mengintai apa yang jadi... oh rupanya dia menunjukkan gambar lamanya yang entah mana jumpanya. Ku lihat wow betulke??? kurus nye tak macam sekarang montok. Hari semakin meninggi aku terus menyidai pakaiaanku diampaian. Wah... hampir penuh ampaian itu kukuasai.

Fikiranku masih teringatkan epal hijau... manakah epal hijau itu? mana datangnya? tidak mungkin datang dari pokok durian di sebelah tandas sekolah itu? Ajaib jika pokok durian berbuah, buah epal. Seperti di Buletin Utama semalam kucing beranakkan anjing. Namun itu semua bukan mustahil...Semuanya ketentuan tuhan. Perutku mula berkeroncong menyanyikan lagu adibah nor mungkin... Aku terus ke dapur melihat,meninjau mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah rezeki memang ada. Nasi goreng dan telur mata.

Hari yang tadinya cerah sedikit mendung... Selang seketika rintik-rintik hujan mula turun, aduh pakaianku dijemuran. Biarlah... baru saja ku jemur. En 745, En Cak & aku terus membelah rintik-rintik hujan. Kemana? Jeram untuk mandi yang sebenarnya akukan belum mandi lagi dari pagi... sejuk benar pagi tadi. Jeram yang pertama dibatalkan saja kerana ada sesuatu yang menghalang... Perjalanan diteruskan lagi, lembah direntasi, semak dilalui, berjalan dalam kesamaran itu yang boleh digambarkan jalan ke jeram Gleket ni. Kering membawa kami jalan yang betul-betul asing... Namun keindahan jeram ini begitu mempesonakan. Epal hijau terus menemaniku sepanjang masa. Aku sudah tidak memikirkan sangat tentang epal hijau itu. Hujan rintik-rintik mula menemani kami di jeram ini. Kering & the gang telah lama berlalu pergi sejuk katanya. Kami masih menikmati keindahan jeram ini sambil ditemani gerimis. Sudah puas mandi-manda kami beredar mengikut langkah kami, jalan yang kering tunjuk tadi tidak mungkin kami jejaki. Kami rela meranduk keseberang dari melalui semak samun yang tebal itu.

Langkah diteruskan melalui perkampungan usang disini, Kelibat anak-anak kecil berlari bila ternampak kami. Takut mungkin. Senyuman ku tidak lekang agar perasaan takut mereka sedikit hilang. Namun mereka bertempiaran lari masuk ke rumah buluh mereka. Ku jejaki jalan ke sekolah, aku melintasi sebuah anjung rumah, kelibat kanak-kanak kecil mengintai dicelah-celah dinding buluh jelas nampak. Aku memangil mereka... namun mereka terus membatu. Lantas ku terpandang Sebiji epal hijau ditanganku. Walaupun berat namun kurela berkorban... Epal hijau itu kuhulurkan kemereka... Mata bundar mereka tenang memangdangku seolah-olah mengatakan betulkah niatku itu memberikan epal hijau itu kepada mereka? Aku mengangguk perlahan dan mengatakan ambillah... Senyuman terukir dibibir mereka epal hijau telah bertukar tangan. Biarlah ....kerana sesungguhnya itu memang hak mereka, jika rezeki itu tertulis untukku, dibuat macam manapun ia tetap hakku. Namun jika bukan untukku walau kujaga rapi kukelek kemana namun ia tetap tidak dapat padaku...

Sakit apa !!!

Hihihi dengar tajuk entry arini, mesti semua pelikkan? sapa plak sakit ?. x der kene mengena ngan gambau pengantin tu pun. Okaylah saje tepek gambau my frenz (yob)kawin kat jengka 11. Actually member adik aku.hihihi, Sebenarnya aku dijemput oleh keluarga belah pompuan ni, ye lah mak & bapak budak pompuan tu sama keje ngan bonda dulu2. So belah laki tu x pergi coz ari ahad, den on the way balik daerah terasing ni.

Okay lah arini den macam malas skit je...but tugas tetap tugas den jalankan macam biasa penuh tanggungjawab. Dalam pukul 10.00 pagi tengah den asyik ym ngan doreen tetiba je datang sorang budak ke staff room, mengatakan amra menangis dia sakit perut... and En Dw yang duk depan den (ngah ym gak tu) suruh budak tu datang ke staff room.

Selang beberapa minit kemudian datanglah amra terkedek-kedek sambil menangis. Langkah diatur penuh longlai, sambil sesekali tangan kananya mengesat air mata. Tangan kirinya pula tidak lepas dari memegang dadanya. Nafasnya berombak ditambah sedu-sedan esak tangisnya. Langkahnya terhenti di depan pintu masuk ke bilik guru, tangan kananya mengetuk pintu, Good Morning sir, may i coming sir?. Begitulah tradisi yang diasuh disini, meminta izin untuk memasuki kelas atau dimana sahaja. Nilai murni itu sudah menjadi sebahagian tradisi disini. Kami berpaling melihat amra. Tanpa suara En Dw mengangguk... tanda membenarkan amra masuk. Langkah diatur terus ke meja En Dw. Dengan muka seposen ia memandang tepat ke wajah en dw seolah-olah meminta simpati. Dari sinar mata yang bundar itu tersimpan kesakitan yang dipendam. En dw membuka mulutnya...

Kenapa amra hek sakit perut ke? dah makan?

Amra pantas menjawab, dengan suara sedikit perlahan... ntok cikghu...eng x sakit perut, eng sakit paru-paru...

hahahahahahaha.... aku yang duduk didepan en dw ketawa tanpa mempedulikan amra, begitu juga dgn en dw. Setelah puas ketawa aku memandang amra... biar betul budak ni.lantas aku dan en dw bangun suruh amra baring di bilk rehat....lawak betul budak ni dalam sakit tu boleh buat lawak lagi.

sakit paru-paru..hihihihi aku berlalu dan berkata kepada en dw, nasib baik sakit paru2 kalau dia sebut sakin ingsang tadi lagi kes naya...