Saturday, September 8, 2007

Sebiji Epal Hijau...

Sebiji epal hijau, ya epal hijau. Mana datangnya sebiji epal hijau ini? Mungkin ia hanyut dibawa arus deras. Namun semalam arus sungai disini deraskah? kotak memori ligat memikirkannya, mana mungkin, semalam (actually pagi) semasa den balik daerah terasing ini tidak hujan,malah malam itu setia ditemani bintang-bintang diangkasa. Deruan angin seperti biasa, sejuk hingga ketulang temulang. Emmm memang sejuk, mana tidak sejuknya sudah pukul 2.05 pagi. Beginilah senarionya kami disini, mencari keseronokkan di alam maya sehingga masa itu di luar sedar kami. Namun itu hanya jika kelapangan atau cuti sahaja. Tugas major tetap nombor satu.

Pagi ini, sabtu aku bangun sedikit lewat, biasalah sengaja aku rebahkan kembali badanku selepas kewajiban tertunai. Mataku ku pejam erat-erat namun sebiji epal hijau terus bermain-main dibenakku. Lantas aku bangun ke bilik mandi... kubuka paip airnya kecil sahaja. Air jernih mula keluar... sejuknya !! niatku tadi ingin mandi kubatalkan saja. Langkahku kembali ke katil, namun langkahku mati bila teringatkan sebiji epal hijau itu... Ahhh... mengapa?? Aku berlalu, membawa baldi yang penuh dengan baju ku kumpul seminggu lamanya. Aku asing-asingkan baju, seluar, stokin dan segalanya.

Yang kotor kurendamkan dengan vanish, yang biasa-biasa aku terus basuh dengan sabun buku dan dynamo. Memang aku agak malas menyental baju-baju ku maka aku gunakan sabun-sabun yang boleh menghilangkan kotoran tanpa perlu ku sental kuat2. Selesai ku sental baju itu kubilas membuang sisa sabun dan kurendam dengan pelembut. Rajin benar ku hari ini membasuh segala baju-bajuku, teman serumahku juga rajin habis satu rumah dikemasnya. Sedang asyik aku membasuh baju.... teriakan teman serumahku begitu nyaring memanggilku diruang membasuh. Aku yang basah lencun ini mengintai apa yang jadi... oh rupanya dia menunjukkan gambar lamanya yang entah mana jumpanya. Ku lihat wow betulke??? kurus nye tak macam sekarang montok. Hari semakin meninggi aku terus menyidai pakaiaanku diampaian. Wah... hampir penuh ampaian itu kukuasai.

Fikiranku masih teringatkan epal hijau... manakah epal hijau itu? mana datangnya? tidak mungkin datang dari pokok durian di sebelah tandas sekolah itu? Ajaib jika pokok durian berbuah, buah epal. Seperti di Buletin Utama semalam kucing beranakkan anjing. Namun itu semua bukan mustahil...Semuanya ketentuan tuhan. Perutku mula berkeroncong menyanyikan lagu adibah nor mungkin... Aku terus ke dapur melihat,meninjau mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah rezeki memang ada. Nasi goreng dan telur mata.

Hari yang tadinya cerah sedikit mendung... Selang seketika rintik-rintik hujan mula turun, aduh pakaianku dijemuran. Biarlah... baru saja ku jemur. En 745, En Cak & aku terus membelah rintik-rintik hujan. Kemana? Jeram untuk mandi yang sebenarnya akukan belum mandi lagi dari pagi... sejuk benar pagi tadi. Jeram yang pertama dibatalkan saja kerana ada sesuatu yang menghalang... Perjalanan diteruskan lagi, lembah direntasi, semak dilalui, berjalan dalam kesamaran itu yang boleh digambarkan jalan ke jeram Gleket ni. Kering membawa kami jalan yang betul-betul asing... Namun keindahan jeram ini begitu mempesonakan. Epal hijau terus menemaniku sepanjang masa. Aku sudah tidak memikirkan sangat tentang epal hijau itu. Hujan rintik-rintik mula menemani kami di jeram ini. Kering & the gang telah lama berlalu pergi sejuk katanya. Kami masih menikmati keindahan jeram ini sambil ditemani gerimis. Sudah puas mandi-manda kami beredar mengikut langkah kami, jalan yang kering tunjuk tadi tidak mungkin kami jejaki. Kami rela meranduk keseberang dari melalui semak samun yang tebal itu.

Langkah diteruskan melalui perkampungan usang disini, Kelibat anak-anak kecil berlari bila ternampak kami. Takut mungkin. Senyuman ku tidak lekang agar perasaan takut mereka sedikit hilang. Namun mereka bertempiaran lari masuk ke rumah buluh mereka. Ku jejaki jalan ke sekolah, aku melintasi sebuah anjung rumah, kelibat kanak-kanak kecil mengintai dicelah-celah dinding buluh jelas nampak. Aku memangil mereka... namun mereka terus membatu. Lantas ku terpandang Sebiji epal hijau ditanganku. Walaupun berat namun kurela berkorban... Epal hijau itu kuhulurkan kemereka... Mata bundar mereka tenang memangdangku seolah-olah mengatakan betulkah niatku itu memberikan epal hijau itu kepada mereka? Aku mengangguk perlahan dan mengatakan ambillah... Senyuman terukir dibibir mereka epal hijau telah bertukar tangan. Biarlah ....kerana sesungguhnya itu memang hak mereka, jika rezeki itu tertulis untukku, dibuat macam manapun ia tetap hakku. Namun jika bukan untukku walau kujaga rapi kukelek kemana namun ia tetap tidak dapat padaku...

5 comments:

Miss Reen said...

epal ijo dap mamam ngan garam!
blend epal ijo lg dap!
aper2 pun...ai laik carrot more than apple!

Kifli Bujang said...

Boleh tahan juga ek gambar-gambar 'berseni' yang dihasilkan hehe! suka

Alam Setia said...

nak makan buah epal? rajin ko basuh baju eik...

Kifli Bujang said...

Cikgu Pra...

MuNgeR said...

epal ijau n durian.. hu hu hu.... tersirat... perenggan akhir tu...... mendalam maksudnyer...