Seindah wajah, semanis senyumanmu sofia allysha, Wajah yang sukar untuk ku padam dalam mindaku, wajah yang suci ini selalu bermain dalam benakku. Masih ku ingat lagi ketika majlis kesyukuran serta akikahmu diadakan meriah sekali bagaikan kenduri walimatul urus dibuatnya. Dua khemah besar didirikah bagi menampung tetamu, seekor lembu tumbang bagi santapan semua. Pelamin mini dibina khas buatmu, persis pengantin kau diandam, busana gaun moden, lengkap bertiara. Cantik sungguh melihat kau diarak keliling tetamu dialunkan gemersik suara marhaban menceriakan majlis. Rambutmu hitam ikal mayang itu dipotong sebagai tanda. Air mawar direnjis, tamar dan emas dibelah mulutmu. Meriah benar kau diraikan. Indah benar memori itu. Tubuh montokmu ditambah kegebuan kulitmu membuatkau bertukar tangan semuanya mahu mengendongmu. Dari satu tangan ke satu tangan kau berpaut. Senyuman terukir dibibir, ibu, ayah, maktok, atok malah semua sekali. Biar peluh mengalir bersusah payah melayan tetamu namun dihati ...puas. Dari kelahiran yang dinanti hingga majlis kau diarai. Tubuh gebu mu yang dulu moggel sekali dari sehari ke sehari susut, hinggakan gelang emas yang kaupakai ke bahu. Biarlah kebahu janji kau sudi memakainya. Hingga menampakkan tulang temulang. Dari susu berharga biasa hingga susu beharga puluhan ringgit kau minum. Susu ibumu semuanya tidak meberi kesan. Tubuhmu lesu. Sedih benarku lihatmu. Perutmu kian membesar... buncit, nafasmu tak selancar dahulu. Air mataku selalu mengalir bila melihatmu. Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul... Namun harapanku,ibumu,ayahmu dan semua tetap kuat. Bilang saja dimana bomohnya, akan kami pergi. Ubat mana, semahal manapun semuanya sanggup berkorban buatmu. Semuanya mahu kau tersenyum seperti dahulu, semuanya mahu kau bermain ketiga di sergah. Kini kau hanya memandang tidak lagi bermain seperti dahulu. Hospital sudah menjadi rumah keduamu. Tangismu seringku dengar ketika ibumu memaksa kau makan ubat... terngiang kata-kata pujuk ibumu " adik... makan ubat nanti adik cepat baik kan adikkan..." Ibu mana yang tak terguris melihat anaknya menangis namun diketepikan demi ubat itu. Masih kuingat cerita sang ibu itu, X tidak beri anaknya ubat kerana kesian tengok anaknya menangis, kini anaknya kritikal. Itulah semuanya kesian. Namun jangan menyerah kalah sebelum berjuang... tekat dibulatkan, azam dikuatkan, restu dipohon... takdir penentu segalanya...
bersambung.....
lihat SOFIA ALLYSHA part 1 disini.
juga
3 comments:
Adeh..sedey wor..
sempat tgk dier sekali je...
sedey la bc cite nie.. takziah utk parnt sofia..
thankz pu3nemo. Insyaallah, doakan moga beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin
Post a Comment