13 oktober 2006 keheningan malam yang indah di simbahi cahaya percikan kotaraya begitu mengasyikkan. Semua umat manusia melalui hari-hari yang mulia dibawah lembayung sinar ramadhan. Semuanya asyik menyelongkar mencari seribu satu malam didalamnya. Ditengah keheningan itu juga kelihatan kelibat seorang ibu yang perutnya separa buncit terjengkit-jengkit sambil diiringi suaminya disisi. Anak sulungnya diheret bersama meredah malam itu. Dalam kepekatan malam itu tiga beranak ini nampak cemas sekali, tompok-tompok peluh mula membasahi dahi suami itu, gelisah... melihat isterinya yang separa buncit itu mengadu sakit, Sakit apakah malam-malam begini, nak beranak ke? terlintas di benak lelaki berbadan besar yang bergelar suami. Bukankah lambat lagi tarikhnya. Seingat dia selepas berbuka puasa tadi isterinya mengadu sakit perut, mungkin sebab kekenyangan, telahanya. Namun kini lain benar rasanya. Seolah-olah dah mahu keluar adu isterinya. Dalam tergopoh gapah itu sampai jua mereka di Hospital Bersalin Besar Kuala Lumpur. Berapa cm? tanya doktor tua itu kepada seorang jururawat yang asyik dengan kerjanya. Biarlah itu memang kerja mereka berapa cm yang sentiasa menjadi ukuran mereka melihat dan terus melihat. Sang suami menanti-terus menanti, gelisahnya sukar dibendung, sedangkan ini bukan kali pertamanya melalui saat begini. Kehadiran ILMAN HAKEEMI dahulu disambut dengan dia disisi isterinya. Itu ketika di hospital di kampung isterinya.Kini dia keseorangan menanti di luar. Cemasnya tuhan saja yang tahu. Habis semua kenalan ditelifonnya, anak-beranak, saudara-sepatat ahh... hingga terlupa ayahandanya yang sejengkal cuma dari rumahnya itu. Cepat-cepat dihubungi orang tua itu. Sejam kemudian dia dipanggil masuk,anak sulungnya itu ditinggalkan bersama ayahnya yang baru setengah jam sampai itu. Debaran kian kencang namun semua itu tidak diendahkan. Tangan kasar itu menggemgam erat tanagn isterinya, mulutnya tidak lepas dari memberi kata semangat buat isterinya yang bertarung nyawa berjuang untuk membawa satu nyawa penyambung zuriat kedunia ini. Subuh yang indah dibawah sinar kemerahan maka lahirlah hamba allah yang suci bersih kedunia ini. Berita gembira itu disebarkan kesemua telinga manusia-manusia sedarah dengannya. Kelahiran puteri yang dinantikan setelah semua kerabat yang lain putera. Penantian itu akhirnya berakhir. Senyuman terukir dibibir semua manusia-manusia yang sudah sekian lama menanti kelahiran puteri idaman setelah tiga putera mewarnai mahligai keluarga itu. Maka kelahiran istimewa membawa sinar gemilang bakal menjadi penyeri dalam taman idaman. Kelahiran puteri yang dibernama SOFIA ALLYSHA memang dinanti, kelahiran pramatang membuatkan ia diluar jangkaan. Puteri dibawa bersemayam ke kampung halaman dengan penuh istiadat. Disambut dengan meriah semua bibir terukir senyuman.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment