Sambutan hari kemerdekaan di daerah asing ini berlangsung seperti yang dirancang alhamdulillah semuanya lancar, Pagi yang permai itu di ceriakan dengan lagu2 patriotik yang dinyanyikan oleh guru-guru disini, walaupun picthing nya lintang pukang namun objektifnya tercapai. Ya lah kalau nak ikutkan sangat picthing tu, jawabnya tak berlagu lah pagitu. Picthing berterabur ke bersimpang siur ke janji objektif tercapai dan mendatangkan impak kepada murid. Begitulah hidup seorang guru... dialah penyanyi, dialah tukang masak, dialah ahli sukan, dialah tukang solek, dialah tukang bersihkan najis budak, dialah segalanya disini. Boleh dikatakan 24 jam bekerja. Namun semua itu tidak nampak oleh masyarakat umumnya yang sinonim yang guru itu banyak cutinya, guru itu tahu merotan budak sahaja... entahlah. Biarlah orang bertanggapan begitu namun kami tetap menjalankan tugas kami yang murni ini. Kami melalui segalanya, bukan hanya sebagai pendidik disini tapi lebih dari itu.
Selepas habis majlis perasmian, acara diteruskan dengan perarakan raksasa ke kampung-kampung berhampiran bagi menghebahkan majlis sambutan kemerdekaan serta memberitahu masyarakat setempat agar meraikan kemerdekaan negara yang sudah 50 tahun itu.
Setelah penat berjalan perut mula terasa lapar. Satu jamuan ringkas diadakan menunya cukup mudah... Bihun goreng dan air kopi. Selepas perut diisi satu pertandingan melukis poster diadakan bagi murid tahun 3,4 dan 5. bagi murid tahun 1,2,3 dan prasekolah pertandingan mewarna diadakan. Acara tamat tepat jam 12.30 tengahari... Pemenangnya tunggu akan diumumkan pada Majlis penutupan bulan kemerdekaan.
nantikan banner tahun 1 dan 2...
No comments:
Post a Comment