Saturday, September 1, 2007

Jasamu Dihargai... 2007

Tempat :
Mama Tom Yam House
Tarikh :
30 hb Ogos 2007
Masa :
8.30 Malam
Acara : Majlis Makan Malam Jasamu Di Hargai
Tetamu :
Warga Sk Titom
Menu :
Tomyam campur
Siakap tiga rasa
Sotong goreng tepung
Kangkung belacan
Telur Bungkus
Buah-buahan
Air sirap
Wow dah lama x dapat makan besar sama-sama, alhamdulillah dapat juga aku & the geng makan besar malam tu. Ye lah dah bersusah bekerja membanting tulang menjayakan pelbagai program disekolah now jasa-jasa kami dibalas dengan jamuan makan malam itu. Namun jasa kami... bukan dipinta balas, semuanya ikhlas. Demi memperjuangkan nasib anak bangsa disini. Alhamdulillah semoga ia menjadi perangsang untuk kami menabur bakti di daerah terasing ini. Orang memberi, kita merasa. Bak kata pepatah. Walaupun ada kawan-kawan yang tidak dapat hadir kerana kekangan tugas masing2 namun majlis berjalan seperti yang diatur. ye lah makanan ditempah untuk 15 orang namun yang hadir dalam 10 orang je. Hihihihi buncit perut-perut kami semua membedal makanan yang lazat-lazat tu. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar, ucapan yang ringkas sekali namun penuh makna. Dengan bacaan doa oleh En Karl maka semua mulut memulakan kunyahan masing-masing. Malam itu kami dikejutkan dengan kejutan yang diluar jangkaan... Guru besar dengan baik hatinya telah menghadiahkan kami semua dengan sehelai t'shirt yang ditempah buat kami. Walaupun nilainya x seberapa namun keikhlasan serta memori itu bakal terpahat. Bertuah kami... Malam itu malam kemerdekaan malaysia ke 50, majlis sambutannya kami x endahkan, acara itu biarlah ia berlangsung. Kami kekenyangan malam itu kemerdekaan disambut dirumah. Tidak patriotikkah kami jika tidak menyambut kemerdekaan di dataran? Kami lebih selesa menyambutnya dengan cara kami. Hanya dengan sujud syukur kepada maha esa dan bacaan yasin. Merdekah jika kita hanya terkinja-kinja menyambutnya, merdeka hanya pada fizikal namun rohaninya? biarlah jika aku diaanggap berfikiran sempit... Aku punya caraku untuk menunjukkan aku cintakan negaraku. Aku hargai kemerdekaan ini.
Jangan ditanya apa sumbangan negara pada kita, tapi apakah sumbangan kita pada negara ini?
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

No comments: