17 june 2007
Tarikh yang diwar-warkan sebagai Hari Bapa namun bagi aku setiap hari adalah hari untuk memperingati bapa dan setiap saat ku doakan kebahagiaan dia. Kerna bagi diriku dia insan yang amat kusanjungi biarpun dia jarang menunjukkan kasih dan sayangnya. Memang begitulah sikap bapa-bapa dahulu agak keras dalam mendidik anak-anak nah... akibatnya anak yang dahulu pernah dirotan itu pernah dimarahi itu benar-benar menjadi manusia. Manusia yang berguna. Bapa mana yang tidak mahu anak mereka berjaya dan bapa mana yang tidak mahu anak mereka merdeka, merdeka dari segala anasir-anasir yang membuat kan mereka menjadi sebenar-benarnya manusia. Kini banyak manusia yang bukan manusia. Pelik bukan? manusia yang pada luarnya cukup sifat seorang manusia tapi didalamnya penuh dengan sifat kebinatangan ada juga yang luarnya sudah tidak nampak macam manusia ibarat mayat hidup didalamnya siapa yang tahu. Inilah realitinya kehidupan ini. Sekeras kelikir seorang bapa namun dalam kekerasan itu sebenarnya terbit sinar kasih dan sayang. Semarah mana sang bapa itu demi munjukkan dia sayang pada anaknya. Marah itulah tandanya dia sayang akan diri kita, dia tidak mahu kita hanyut dalam menempuhi gelora hidup. Jika sang bapa itu tidak marah akan anaknya melakukan pekara yang mungkar ternyata dia bukanlah bapa yang sebenar. Masih kuingat lagi jika tidak kerna lelaki tua yang bergelar bapa itu aku tidak disini,aku tidak merasai indahnya hidup ini.
Realiti kini amat berbeza anak-anak terlalu dimanjakan, nak itu... belikan, nak ini... nanti papa hadiahkan, mahu itu... ambillah. Anak-anak terlalu dimanjakan, anak-anak terlalu dimewahkan dengan segala benda sifat kebergantungan itu dididik dari segala bentuk. Ahhh bagaimanakah jika sang bapa itu pergi? anak itu tidak boleh berdikari.
Papa kerja rumah banyaklah papa tolong la...
Jawab sang papa itu, tidak apa nanti bapa bagitahu cikgu jangan bagi kerja rumah ok sayang... macam tu lah papa...sayang papa.
Beginilah senario sesetengah manusia penuh dengan ragamnya. Pelik bukan, bukankah ulangkaji dirumah itu penting kerna dia dapat mengukuhkan pembelajaran di kelas. Sayangkah bapa itu terhadap anaknya atau untuk merosakkan anaknya. Sayang yang boleh memusnahkan anak itu.
Ragam manusia pelbagai, bagi aku aku tidak dididik dengan sifat kebergantungan yang amat sangat. Aku diasuh berdikari dan berusaha untuk itu. Masih kuingat lagi bapa cukup marah jika aku memberihatunya aku dicubit atau dirotan di kelas. Marah?? hihihi jawabnya jika aku memberitahunya maka denda itu akan ditambah kerna aku dirotan itu sebab salahku munkin kerna membuat kerja rumah melepaskan batuk ditangga. Jika dahulu dimasa awal tahun aku ditemani bapa untuk kesekolah kata bapa pada cikgu kelasku...
Cikgu ajarlah anak saya, didiklah anak saya, saya tidak marah jika cikgu nak rotan anak saya nak denda anak saya jangan sampai patah dan jangan sampai cacat sudahlah.
Ayat yang membuatkan airmataku mengalir kini. Kerna dengan ayat itu menunjukkan kasih dan sayangnya dia mahu aku berjaya. Kasih dan sayang yang tidak dapat ditafsirkan dahulu kini impaknya amat besar hingga membolehkan airjernih itu mengalir betapa pengorbanan insan yang bergelar bapa. Sanggup tidak berganti baju demi baju anaknya berganti, sanggup kasutnya tidak bertukar janji kasut anaknya bertukar, sanggup berlapar jangan sampai anaknya kebulur ke sekolah. Dahulu aku hanya berbekalkan wang saku 40 sen sahaja kesekolah cukup untuk membeli nasi lemak,kuih dan bakinya 10 sen untuk ku simpan. Hasil wang simpanan itulah kugunakan selalu membeli apa yang kuhajati. Aku tidak meminta-minta. Pernah dahulu setahun lamanya duit itu kusimpan untuk membelikan hadiah buat bapaku sempena hari lahirnya. Disaat aku memberikanya hadiah itu aku lihat matanya merenungku, Dia merangkul erat tubuhku dan memelukku, pipiku dicium dan ia berbisik,terima kasih... air matanya mengalir. Aku terharu. Itu kisah 15 tahun dahulu. Kuingat lagi dimasa aku mengambil keputusan S.P.M ku air mata itu sekali lagi tumpah dan dia berkata hadiah ini lebih bermakna dari segalanya. Hadiahnya keputusan spm ku itulah yang membuatkan dia terharu dan bangga. Terharu dan kali buat sekian kalinya dia menitiskan air jernih itu ketika dimajlis konvokesyenku dia tersenyum melihatku dipentas sambil dimatanya berkocak. Kini semuanya berlalu seperti apa yang diimpikan oleh bapa melihat anaknya membesar sebagai seorang yang berjaya.
Abah terima kasih atas segalanya... from the bottom of my heart.
dan buat semua bapa-bapa yang bergelar abah, papa, abi, abuya, ayahda dan sebagainya semua gelaran itu sama sahaja yang penting tanggungjawab itu, selamat menyambut Hari Bapa. Serta buat insan yang bergelar anak tunjukkanlah kasih sayang mu selagi sempat jika dia telah tiada iringi pemergianya dengan doa... Abah kaulah perwira...
No comments:
Post a Comment