Sudah jam 1.35 ptg aku masih seperti dulu putaran waktu ku x endahkan, ia berlalu meninggalkan ku setiap detik, setiap saat. Aku masih disini penunggu usang yang masih setia menanti terus menanti. Namun dalam pada itu penantianku diulit kebosanan yang amat sgt. Setiap saat,setiap minit dan setiap jam bagai menjerut leherku. Sukar untuk ku bernafas, payah untuk ku sedut udara segar menghijau itu.
Seindah sang rambulan, sesegar bayu membelai megulit batang tubuhku yang sejuk dek kedinginan gerimis mengangu lenaku semalam. Puas ku cuba pejamkan mata,letih ku berpusing kekiri dan kanan mencari dimanakah keasyikan itu bersembunyi. Mataku berat seolah-olah bergantungnya kelawar namun mindaku segar. Aduh tersiksanya kurasakan namun aku masih bersyukur kerna aku baru kali ini ditarik nikmat itu,syukur kerna aku pernah merasai nikmat tidur itu.
Hari makin gelap... awan berarak mendung menutupi daerah asing ini, adakah hujan bakal menganugerahkan nikmatnya atau sekadar lakonan semata... Lakonan yg begitu cemerlang hinggakan manusia terpedaya dengan kegelapan yang terkandung dalam perutnya, namun ia berlalu pergi tanpa meninggalkan setitis kesan buat manusia yang rakus itu. Sukar untuk ku ramal payah untuk ku teka kerna semuanya ketentuan ilahi. Aku disini ada hikmahnya dan semua yang tersurat dan tersirat itu memberi sejuta makna dalam menyelak lembaran sebuah kehidupan. 2.00 petang awan si gelap itu memuntahkan isinya, bertaburanlah air-air suci yang terbit dari keajaiban ciptaan tuhan itu memberi rahmat,menganugerahkan keberkatan. Syukur kegersangan daerah asing ini terubat dek kerana dibasahi hujan, namun kegersangan dan kefanaan hati-hati manusia disini sebegitu atau masih kontang walau disimbahi hujan, tak lut dek hujan x lekang dek panas. Manusia itu masing seperti dahulu suruh angguk mereka angguk,suruh geleng mereka geleng, janji habuannya dapat perutnya terisi. Hakikat sebenarnya mereka masih disitu terus kontang. Jahil dan terpesong mengikut pintu-pintu yang sudah pasti akan mengunci mereka serta memenjara mereka dalam sebuah sangkar yang mereka anggap indah namun hakikatnya bagai lumpur hanyir di curah nanah dibakar api yang mereka nyalakan sendiri. Nauzubillah ...lindungilah umat ini dari kesesatan.
Si kutuk yang perasan dirinya maharaja kayangan itu sedang asyik dengan tugas-tugas yang amat penting bagi mereka,amat besar kesimpulannya dan teramat gah akibatnya.Namun itu semuanya omongan yang bekerja si yang menurut perintah itu yang bergerak si haprak yang hina dimatanya.Hanya tahu sana dan sini, pandai itu dan ini namun hanya dimulut tidak ditangan. Hanya duduk mengadap santap pinta gundik-gundik itu mengipas dirinya yang kepanasan. Tangan dihulur pinta dicuci, nasib baik mulut x dihulur pinta bersuap. Berlagak persis merak kayangan sedangkan diri hanyalah gagak ditempat pembuangan sampah. si menurut perintah terus menurut ,haprak yang bagaikan pembaris ,gundik-gundik yang tewas dengan kata-kata romantis itu membiarkan semuanya berlagu korongcong, bersalsa ada kalanya bertanggo irama itu sudah lali hanya berharap mendung itu pasti berarak... Hanya berharap... dan terus berharap... sehingga kini merak kayangan takut dengan semua tindak tanduknya bacul dek takut dirinya gagak rimba didedahkan luncai itu. Luncai terus mencari labu yang hilang hingga tidak muncul-muncul di sebalik ombak. Lemaskah ia atau matikah ia. Biarlah semuanya berlalu bagai angin sepoi bahasa kerna semua itu hanya aku yang tahu dan aku tahu, biarlah murai-murai itu berlagu kerna aku masih waras dan berpijak dibumi nyata ini.
No comments:
Post a Comment