Ahh dah lama kiranya aku x update blog ku nie... Malas kurasakan. Cuti persekolahan sudahpun berlalu meninggalkan aku, sekejap benar kurasakan belum puas untukku bercuti namun apakan daya aku harus kembali demi tanggungjawabku. Kurasakan putaran waktu ligat berputar sedangkan aku, tidak merasainya aku masih termangu, tidak faham apa yang berlaku disekelilingku. Bosan kiranya dengan sebuah kehidupan yang aku ciptakan sendiri. Cutiku hanya untukku. Betul hanya untukku... aku sekadar memandang dan membiarkan semua panggilan masuk serta sms yg x dapat kukira dengan jari itu. Aku pun x tahu mengapa semuanya kubiarkan sehinggakan keluargaku pelik dengan sikapku. Ada sesekali mereka menjawab panggilan itu aku sekadar memandang... Aku tidak tahu mengapa aku berbuat demikian walaupun seseorang, dua orang atau tiga orang pastu terguris dengan perlakuan ku itu. Namun apa kan daya aku x mahu digangu. Aneh bukan sikapku akhir-akhir ini. Aku x tahu mengapa aku benar-benar keliru dengan apa yang ku x tahu. Adakah aku mengalami masalah tekanan perasaan? Gila? Ahhh persetankan semua itu. Aku masih waras masih lagi tahu yang mana halal dan haram. Namun munkin disebabkan aku terlalu memendamkan masalahku menyebabkan aku begini. Bagiku masalahku hanya aku yang patut tahu itu hak peribadiku. Takkan nak kujaja sekampung x kan nak ku sebarkan keseantero dunia. Aku biarkan dia sendiri, terasa benar-benar bersalah kurasakan namun aku x tahu mengapa aku lakukan dia sebegitu. Dia x pernah melakukan sebarang kesalahan padaku waima sekecil zarah, dia terlalu baik bagiku.Namun mengapa aku biarkan dia sebegitu... aku masih mencari-cari sebabnya yang ku tak tahu. Aku x mahu dia merasai kehilangan itu. Mungkin itukah sebabnya. atau untuk dia membenciku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment