Sunday, August 12, 2007

Merdeka kah kita?

Alhamdulillah syukur aku kehadratnya kerana aku masih dianugerahkan sebuah kehidupan ini. Mentari mula menjalankan tugasnya menyinari bumi bertuah ini. Daerah asing ini begitu indah disimbahi cahaya yang membawa rahmat dalam sebuah kehidupan.Aku masih disini masih setia menjadi penunggu di daerah asing ini.Diluar sana mentari begitu asyik dengan tugasnya menyinari alam ini, itu tugas nya yang menjadi fitrahnya. Fitrah kita bagaimana? entahlah tepuk dada tanya iman masing-masing. Semarak kemerdekaan mula menampakkan diri, daerah asing ini tidak ketinggalan dalam memeriahkan bumi bertuah ini.Jalur gemilang mula digantung disana dan sini, warna-warna patriotik mula mewarnai setiap inci daerah ini. Semuanya bersemangat untuk menunjukkan kecintaannya kepada negara. Kita bagaimana? jangan ditanya sumbangan negara kepada kita tapi APA sumbangan kita pada negara ini??? Aktiviti hari ini cukup mudah aku menggabungjalinkan penerapan nilai kemerdekaan dalam setiap p&p, yang melucukannya hari ini untuk slot KE aku adakan pertandingan tarian kumpulan perempuan vs kumpulan lelaki aku hanya menyediakan bunga & songkok. Dan membiarkan mereka selama 10 minit untuk bersiap. Setelah selesai aku memainkan lagu, Lagunya hari ini JONG-JONG INAI.Mereka diberi 5 minit untuklatihan membuat step atau gerak dalam tarian itu. Aku bukannya pandai sangat bab tarian nie ikutlah mereka janji mereka dapat membuat persembahan pada akhir P&P. Setelah selesai semuanya persembahan pun berlangsung. Kumpulan lelaki hampeh... Klaka aku dibuatnya lagu tradisional dia orang boleh berjoget dangdut. Keras perutku. Seterusnya kumpulan perempuan Aduh menarik sekali.... teruja aku yer lah tanpa aku mengajar langsung mereka boleh melakukan persembahan yang boleh diangkat sebagai bagus untuk kanak-kanak prasekolah. Kalu aku ajar mesti boleh jadi johan karnival prasekolah daerah nanti. OOppss lupa den nak snap gambau budak lelaki kerana terlampau klakau, yang ada cuma pic budak pompuan aja.so tengokje lah eks.Nilai-nilai kemerdekaan harus menjadi santapan kanak-kanak ini agar mereka tahu akan erti kemerdekaan serta kemanisan merdeka itu. Jangan biarkan mereka leka dengan kemodenan tanpa pernah menoleh budaya yang menjadi pegangan kita semua.Semuanya terletak pada tanggung jawab siapa??? jangan ditanya pada siap dan menunding jari pada mereka itu dan ini. Tapi tanya diri sendiri dahulu.Kerana satu jari kita menuding pada mereka, empat jari lagi menuding pada diri kita sendiri.JAZUKULLAH...

Monday, August 6, 2007

Nyawa-nyawa ikan...

Kembali bersiaran setelah mengalami ganguan internet. Sekarang acapkali berlaku ganguan demi ganguan. Entahlah... munkin dugaan dalam kehidupan sedangkan manusia pun ada yang demam dan sihat inikan pula peralatan atau server sesekali meragam juga. Sekarang pabila internet server down aku sering hilang arah kerana sejarah mengajar aku erti perhubungan. Ya lah mana munkin aku boleh lupakan ....aku terlepas berita itu dan ini kerana sever down dan aku menjadi orang paling lewat mengetahui kematian Sofia Allysha kerana server down. Sedangkan uncle dan untie ku yang berada di seberang laut tahu dahulu inikan aku yang di darat yang sama boleh terputus hubungan. Daerah terasing ini indah dalam keindahan itu terkadang tersembunyi kepahitan dan kesengsaraan. Itulah yang dinamakan takdir. Walaupun pahit aku tetap telan kerana yang pahit itulah terkadang menjadi ubat. Memang dahulu aku ada berpesan jika sesiapa yang pergi menyahut seruan ilahi usah tunggu aku segerakan pengebumian ia... Kerna bagiku menunggu dan menunggu aku yang x kunjung tiba dari dikebumikan, seolah aku menyiksa jenazah itu. Jika sayang mana munkin aku akan menyiksanya. Sayang aku padanya bukan beerti aku boleh memiliki jenazahnya... Sayang aku diiringi doa dan hadiah ayat suci. Jasadnya bukan milikku tapi jasadnya milik yang maha agung. Sayang kita terkadang tidak bertempat, kasih kita selalu melampaui hukum, cinta kita sering tersalah letak. Yang hakiki kita tutupkan yang batil kita tidakkan. Itulah kita dalam konteks sekarang. Sayang sehingga sanggup membelakangkan hukum demi sayang, Cinta hingga menyerahkan perawan sebagai lambang cinta, Kasih mengasihi hingga melampaui dari yang maha esa. Menatang anak bagai minyak yang penuh... namun minyak itulah terkadang membakar tangan yang menatang itu. Salah siapa???? Semuanya salah kita. Kita yang bernama manusia...

Thursday, August 2, 2007

IKON TITOM

Ikon Malaysia terbitan astro sudah
berlalu, Gelaran yang gah itu disandang di bahu JAC and OAG. Mampukah mereka
terus mewarnai pentas ikon asean? siapa yang tahu semuanya terletak pada kemampuan
mereka tunggu dan
lihat sajalah. Biarlah mereka terus gah dipentas itu asalkan mereka bahagia. Berbeda sekali di
sini, ikon itu seolah simbol sindiran sinikal yang bisa membuatkan hati seseorang itu tercarik. Mampukah ia mencarik?bisakah tercarik dengan permainan kanak-kanak riang. Dalam
konteks ikon itu sendiri tafsiran nya sudah menyimpang jauh, inikan pula makrifatnya. Pendapat? Fakta? atau propa(omongan)?. Layakkah simbol itu dianugerahkan buat mereka-mereka yang baru bertatih. Simbol atau sinikal?. Biarlah itu mungkin hanya gurauan yang bisa mengeratkan hubungan yang jauh itu. Ikon dalam konteks yang tidak hipokrit dengan dunianya. Biarlah tidak perlu berpura-pura tidak hipokrit dengan diri sendiri usah jadikan sindiran itu kudis. Mahkota ikon itu akan dipelihara elok-elok agar ia terus gah biarlah Raja ikon itu berjalan sopan tidak
perlu berlari, berebut dan berkejaran kerana jika memang haknya pasti akan tetap menjadi haknya. Jika bukan haknya walau dipelihara,walau dijaga rapi ia tetap akan hilang. Jam 9 semuanya lengang... Perlukah mengadap yang mereka tidak suka lihat, hipokrit mengaku tidak suka sedangkan gelodak hatinya suka membuak-buak namun demi supaya
harga sebuah nama ia menidakkan. Ganas... bukan persisnya namun?? Perlukah menipu diri sendri sedangkan bangkai gajah mampukah ditutup. biarlah mereka terus dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Penafsirannya lain, pelengkapnya berbeza namun asasnya tetap sama. Biarlah mulutku berbicara kerana itu hakku untuk berbicara, berkata-kata sesedap mulutku kerana itu bukan mulutmu.TIDAK mahu dengar pekakkan
saja telingamu...

Wednesday, August 1, 2007

Tag by sofi Z (6 weird about my self)

Oh my god I have been tag by SOFI Z, walau dah belated tapi kena jawab gak. Six weird things about me its :
1. Suka tido, ader masa terluang suka sgt tido coz for me tido tu boleh membawa ketenangan dan terapi istimewa untuk diriku. Kalu boleh nak tido je and berangan.
2. Suka makan, memang suka makan x kira aper yg penting halal and bukan durian yg lain-lain semua den cuba hihihihi. Makanan sukar dipisahkan dari diri den.Kalu kat bilik tu x der coklat ke aper ke x sah.
3. Den x suka basuh baju... kalu boleh semua nak antau dobi. hihihi kalu shoping sabun basuh baju mesti cari dynamo ke Vanish power o2 ke coz rendam2 celup2 and bilas rendam lak ngan softener kan senang. Nie bukan weird...pemalas rupenyer. Tapi den x suka pakai baju tu dua kali. Mesti tukau setiap baju pakai sekali je. X der ulangan tu dah kebiasaan.
4. Suka semua yg wangi2...wow memang la mana ader org suka mende busuk2 kan. But kalu den nak tido pun den pakai minyak wangi, untuk satu bulan den memerlukan 2 botol minyak wangi untuk keperluan sebulan hahahahah. Yer la den suka wangi2.kalu lalu kat budak semua beratur nak bau arini pakai minyak wangi aper wawawawa. Paling mahal den habiskan beli minyak wangi RM200 and paling murah around RM 25 jer. yer la yg murah2 tu order jer kat adik suruh dia beli kat avon segala jenis minyak wangi ader but paling suka pakai minyak wangi polo spot, body shop and Tommy H.
5. x suka cakap dekat telipon lelama and sms. Tak tau nape kadang2 tu sms berkurun duk kat situ x bebalas. X tau naper semua orang marah coz x balas sms. sory semua. Dah tabiat kekadang tu just buka and baca je sms tu nak balas cam malas je nak taip tolonglah...
6. Yang nie paling x suka skali. Tiap2 kali kalu lalu kat road blog mesti polis or jpj tu mesti minta lesen. X tau nape tolonglah. Walau lalu kat situ 6 kali tapi dia tetap nak tgk lesen gak x cam2 ke muka nie. Sapa nak jawab nie. Pelik sgtkah bila den bawak kereta???
puas memikir ape yg pelik tentang diri aku yang memang pelik ini. sape plak nak kena tag nie...
ok 3 org je lah .. aci la eks...iaitu karllaksamana, munger and nizam

SOFIA ALLYSHA

13 oktober 2006 keheningan malam yang indah di simbahi cahaya percikan kotaraya begitu mengasyikkan. Semua umat manusia melalui hari-hari yang mulia dibawah lembayung sinar ramadhan. Semuanya asyik menyelongkar mencari seribu satu malam didalamnya. Ditengah keheningan itu juga kelihatan kelibat seorang ibu yang perutnya separa buncit terjengkit-jengkit sambil diiringi suaminya disisi. Anak sulungnya diheret bersama meredah malam itu. Dalam kepekatan malam itu tiga beranak ini nampak cemas sekali, tompok-tompok peluh mula membasahi dahi suami itu, gelisah... melihat isterinya yang separa buncit itu mengadu sakit, Sakit apakah malam-malam begini, nak beranak ke? terlintas di benak lelaki berbadan besar yang bergelar suami. Bukankah lambat lagi tarikhnya. Seingat dia selepas berbuka puasa tadi isterinya mengadu sakit perut, mungkin sebab kekenyangan, telahanya. Namun kini lain benar rasanya. Seolah-olah dah mahu keluar adu isterinya. Dalam tergopoh gapah itu sampai jua mereka di Hospital Bersalin Besar Kuala Lumpur. Berapa cm? tanya doktor tua itu kepada seorang jururawat yang asyik dengan kerjanya. Biarlah itu memang kerja mereka berapa cm yang sentiasa menjadi ukuran mereka melihat dan terus melihat. Sang suami menanti-terus menanti, gelisahnya sukar dibendung, sedangkan ini bukan kali pertamanya melalui saat begini. Kehadiran ILMAN HAKEEMI dahulu disambut dengan dia disisi isterinya. Itu ketika di hospital di kampung isterinya.Kini dia keseorangan menanti di luar. Cemasnya tuhan saja yang tahu. Habis semua kenalan ditelifonnya, anak-beranak, saudara-sepatat ahh... hingga terlupa ayahandanya yang sejengkal cuma dari rumahnya itu. Cepat-cepat dihubungi orang tua itu. Sejam kemudian dia dipanggil masuk,anak sulungnya itu ditinggalkan bersama ayahnya yang baru setengah jam sampai itu. Debaran kian kencang namun semua itu tidak diendahkan. Tangan kasar itu menggemgam erat tanagn isterinya, mulutnya tidak lepas dari memberi kata semangat buat isterinya yang bertarung nyawa berjuang untuk membawa satu nyawa penyambung zuriat kedunia ini. Subuh yang indah dibawah sinar kemerahan maka lahirlah hamba allah yang suci bersih kedunia ini. Berita gembira itu disebarkan kesemua telinga manusia-manusia sedarah dengannya. Kelahiran puteri yang dinantikan setelah semua kerabat yang lain putera. Penantian itu akhirnya berakhir. Senyuman terukir dibibir semua manusia-manusia yang sudah sekian lama menanti kelahiran puteri idaman setelah tiga putera mewarnai mahligai keluarga itu. Maka kelahiran istimewa membawa sinar gemilang bakal menjadi penyeri dalam taman idaman. Kelahiran puteri yang dibernama SOFIA ALLYSHA memang dinanti, kelahiran pramatang membuatkan ia diluar jangkaan. Puteri dibawa bersemayam ke kampung halaman dengan penuh istiadat. Disambut dengan meriah semua bibir terukir senyuman.........
BERSAMBUNG...

Friday, July 20, 2007

DALAM KENANGAN.

Blog ini sedang berkabung atas pemergian Sofia Allysha akibat komplikasi "biliary atresia" dan sesak nafas. Allahyarhamah berusia satu tahun telah berjaya menjalani pembedahan "kasai" pada nov tahun lalu. Al fatihah buat allahyarhamah. amin. Tabahkan kami sekeluarga atas pemergian insan yg amat dikasihi.Kuatkan semangat kami ya allah untuk meneruskan kehidupan ini tanpanya...

Thursday, July 19, 2007

SIBUK, BUAT-BUAT SIBUK ATAU MENYIBUKKAN DIRI.

Sorry ... I’m updating my blog later. Now I’m really busy now