Friday, August 31, 2007

AURA MERDEKA part 4

Pelajar tahun dua @ askat togel berjuang....

seperti dijanjikan hari ini dipamerkan gambau the making banner year 1 & 2. Sebenarnya kelas tahun 2 gurunya ialah En Vios, namun disebabkan dia ada kursus pengubalan soalan maka Gpk koko @ En Avanza yg ambil alih kelas tu. Idea banner kelas tahun 2 nia begitu abstrak sekali. Mari kita sama-sama lihat aksi askar togel tahun 2 ni.

inilah barisan askar2 togel, bejuang nak buat banner....

Yang kelakarnya askar-askar togel nie semua sporting tau, aku yang nakal nie mula2 mencalitkan pelakar ke dahi bah kutok, dia boleh cakap, nak lagi cikgu... Memang lah suka budak nie main pelakar. Kalau budak sekolah luar nie mesti dah report mak bapak... Selesai sesi buat banner aku meronda ke kelas bebudak nie lagi, masaallah...ihat semua muka budak ade pelakar, HIHIHI... aku tanya sapa buat? bebudak tu jawab...Eng buat sendiri chegu.Eng suka...Borr.( bahasa semai) lantas aku menyuruh mereka membasuh muka dalam hatiku terdetik, Biasalah fitrah kanak-kanak suka bermain dan teruja dengan sesuatu yang baru. Moga pengalaman ini membawa makna dalam hidup mereka agar bebas merdeka dari kepongpong hidup mereka. insyaallah...

Aksi guru kelas tahun 1... baik punya posing...

Aha... pastu menginggah kejap ke kelas tahun 1. Wow nie lagi kreatif, buat bendera guna tapak tangan. jom kita tengok hasilnya....
idea yang Kreatif hasilnya memang cantik...
nantikan hasil karya murid2 disini melukis poster dan mewarna....

Thursday, August 30, 2007

Cuti-Cuti Malaysia.(Kuantan)

Cuti-cuti malaysia... biasalah bila time cuti sekolah semuanya menghabiskan masa bersama keluarga samada di rumah atau berjalan-jalan kemana sahaja. Cuti sekolah juga sinonim dengan kenduri kahwin. Pertalian itu sangat berhubung kait, dan dahulu kala bila time kenduri kahwin menu masakan dirumah berubah semuanya berasaskan telur rebus. Ye lah kalau dahulu cenderahati yang kita dapat jika ke kenduri,mesti bunga telur plus telur rebus. Kini semuanya berubah mengikut peredaran semasa, jarang kini ada bunga telur & telur rebus, kebanyakkanya semuanya kotak atau bunga dengan jeli, gula-gula atau kek. Jika hendak dibandingkan dahulu dan sekarang memang berbeza ye lah jika dahulu telur ayam gred B boleh dapat seringgit lima @ enam biji kini Gred c pun seringgit 3 biji.
Berbalik pada cuti-cuti malaysia... jika putra sibuk ke kedah, karl dgn kenduri kahwinnya aku sempat bercuti bersama keluarga ke kuantan pahang walau hanya 1 hari 1 malam ia cukup mengujakan.Pada asalnya nak ke cameron tapi tak jadi coz abg ipar x dapat cuti. Sebenarnya percutian ini tidak dirancang sama sekali ia spontan. Selesai menjamu selera di kenduri kahwin Mok Su & Cik Anif ( Taman Muhibbah Jerantut) kami terus bergerak ke kuantan. Sampai je terus anak saudaraku mengajakku bersantai di pantai balok, pucuk dicita, ulam mendatang... Memang sudah lama aku tidak mandi laut, asyik mandi jeram je. Apa lagi sambil berendam bak ikan duyung sempat lagi snap-snap yang mana patut. Yang kelakarnya anak saudaraku yang duk kat kiara mas tu tengah sedap-sedap dia berenang dia jerit... tolong!tolong! tolong Kie...
Air laut nie masin x sedap langsung... Apa lagi aku ketawa besar la kat dia.Aku pun bagitau dia memang air laut masin. Lagi satu yang mebuatkan aku teruja, tengah-tengah syok mandi tetiba tanganku terasa terpegang menda lembik dan merayap aku angkat tangan rupanya ada tapak sulaiman kat tangan aku. Cantik so anak sedara aku ambik letak dalam pinggan. Mang cantik tau.Pantai Balok nie best coz pantainya yang landai & kemudahan yang disediakan seperti bilik mandi,tandas srta surau bersih. Siap bleh naik kuda lagi ronda pantai. Kat sini juga ada tapak khemah dan untuk aktiviti laut macam-macam adalah. Tapi yang tak bestnye jarak antara tempat kelah dan pantai agak jauh.
Selesai mandi manda, kami terus ke Taman Teruntum, gi jenjalan bawa anak saudaraku main kat taman permainan, seronok sakan la diaorang dapat bawak jeep lagi.
Abis semua binatang kat mini zoo tu dia ajak tengok...penat menapak.Nasib kami baik aritu sedang asyik bermain di taman permainan ada pertunjukkan ular plak. So tengok je lah free. Siap ada cium ularlah, masuk kepala ular dalam mulut dan pelbagai aksi lagi.
Malamnya sesi makan.... Kuantan x dapat dipisahkan dari ikan bakar. So kitaorang ke tanjung lumpur...wow bestnya... siap 2 ekor ikan bakar lagi, lala 3 rasa, sotong goreng tepung,sup sayur dan pelbagai lagi sampai x ingat.hihihihi. Malam tu kira abis la dalam rm200 blanja makan. Abis sesi makan-makan kami gi naik Bot menyelusuri sungai pahang. Nyata sekali idea MPK memperkenalkan menyelusuri sungai kuantan ini amat bagus. Pemandangan malam bandar kuantan dari bot tu memang cantik bangat. Keindahan yang terpancar dari simpahan cahaya lampu mengujakan sekali ditambah pula bayu malam yang mempersonakan.Tapi sayang, NIKON tertinggal kat rumah kakak,so untuk sesi makan & naik bot x de gambar nanti upload dr kamera kakak baru bleh tepek ok.
Balik rumah and semua tidur kepenatan plus kekenyangan.

Wednesday, August 29, 2007

Aura merdeka part 3

Sambutan hari kemerdekaan di daerah asing ini berlangsung seperti yang dirancang alhamdulillah semuanya lancar, Pagi yang permai itu di ceriakan dengan lagu2 patriotik yang dinyanyikan oleh guru-guru disini, walaupun picthing nya lintang pukang namun objektifnya tercapai. Ya lah kalau nak ikutkan sangat picthing tu, jawabnya tak berlagu lah pagitu. Picthing berterabur ke bersimpang siur ke janji objektif tercapai dan mendatangkan impak kepada murid. Begitulah hidup seorang guru... dialah penyanyi, dialah tukang masak, dialah ahli sukan, dialah tukang solek, dialah tukang bersihkan najis budak, dialah segalanya disini. Boleh dikatakan 24 jam bekerja. Namun semua itu tidak nampak oleh masyarakat umumnya yang sinonim yang guru itu banyak cutinya, guru itu tahu merotan budak sahaja... entahlah. Biarlah orang bertanggapan begitu namun kami tetap menjalankan tugas kami yang murni ini. Kami melalui segalanya, bukan hanya sebagai pendidik disini tapi lebih dari itu.
Selepas habis majlis perasmian, acara diteruskan dengan perarakan raksasa ke kampung-kampung berhampiran bagi menghebahkan majlis sambutan kemerdekaan serta memberitahu masyarakat setempat agar meraikan kemerdekaan negara yang sudah 50 tahun itu.
Setelah penat berjalan perut mula terasa lapar. Satu jamuan ringkas diadakan menunya cukup mudah... Bihun goreng dan air kopi. Selepas perut diisi satu pertandingan melukis poster diadakan bagi murid tahun 3,4 dan 5. bagi murid tahun 1,2,3 dan prasekolah pertandingan mewarna diadakan. Acara tamat tepat jam 12.30 tengahari... Pemenangnya tunggu akan diumumkan pada Majlis penutupan bulan kemerdekaan.

nantikan banner tahun 1 dan 2...

Tuesday, August 28, 2007

AURA MERDEKA part 2

Seperti yang dijanjikan Hari ini aktiviti-aktiviti membuat banner diteruskan lagi. Giliran kelas prasekolah dan pemulihan mengikut jadual, semua murid teruja dengan aktiviti yang dijalankan. Memang jika ia dilakukan terus dari hati untuk menggambarkan apa yang tersirat maka hasilnya memang cantik. Yang tersirat itu dizahirkan diatas sehelai kain maka lahirlah sehelai kain rentang yang menjadi penyampai apa yang mereka ingin katakan.
Mengikut jadual hanya dua kelas membuat kain rentang namun disebabkan kelas prasekolah berjaya menyiapkan kain rentang yang tidak seberapa itu lebih awal maka kelas tahun tiga, yang dah tak sabar untuk membuat banner itu mengambil tempat. Ayuh kita sama-sama tinjau aktiviti hari ini.
Anak-anak kelas pemulihan bersama guru beraksi .
Hasil karya kelas pemulihan.
Keterujaan murid & guru kelas tahun 3
Wah!!! cantik bangat bannernya dong...
1st step biar cikgu & PPM prasekolah buat dulu....
Ha... Sekarang giliran anak-anak permata pragemilang...
Lihatlah dunia suara hati kami !!!
Seronok sekali jika sekali-sekala aktiviti ini dijalankan, manakan tidak semuanya bersemangat. Ada satu insiden yang amat melucukan sekali hari ini. Begini ceritanya semasa menjalankan aktiviti melukis kain rentang ini semua murid kelas lain diarahkan supaya senyap supaya tidak menggangu sesi p&p kelas lain dan kawanku yang sorang nie memberi amaran supaya siapa yang bising akan diwarnalan mukanya dengan pelaka. Lalu dia pun berlalu menyiapkan kerja - kerja final touch bannernya. Kemudian datang seorang murid kekelasnya dan memberitahu dia bising. Hi hi hi hi... yang lucunya setelah diselidiki rupanya dia memang mahu mukanya dicat.
akan datang sambutan hari kemerdekaan...

Monday, August 27, 2007

Belated updated...

Walau pun dah seminggu lebih majlis perkahwinan kawan den nie berlangsung tapi den nak tepek juga gambau perkahwinan dia. Yang menariknya semuanya bewarna hijau, Nasib baik airnya tak hijau eks kak azu (Zuria Azura).Member masa ngajau kat jengka dedulu. Wish bahagia selamanya hingga hujung nyawa. Amin.
Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua.
Tunduk segala rakyat jelata,
Memberi takzim raja gahari,
Raja rupawan di atas takta,
Duduk memerintah barang sehari.
Ke Seberang Takir membeli cermin,
Beli ikan dimasak gulai,
Cinta berakhir di jinjing pelamin,
Sama segak kedua mempelai.
Kain sekayu itulah ukurannya,
Kain songket hijau berbenang emas,
Berbaju Melayu sama segaknya ,
Berdandan berlokek berselendang emas.

Ikan todak si ikan pari,

Ikan linang di dalam peti,

Adapun adat bersuami isteri,

Senang dan susah sampai kemati.

Malam hari memasang damar,

Menangkap ikan di tepi titi ,

Suami isteri mesti bersabar,

Kekal rukun damai dihati.

AURA MERDEKA part 1

Hari ini Isnin,27 0gos 2007, jika dihitung hanya tinggal empat hari lagi tanggal 31 ogos Tarikh keramat dimana negara yang kita duduki ini bebas dari penjajah. Daerah asing disini mula merasai aura-aura merdeka dengan aktiviti yang disusun atur. Bermula dua minggu lepas pelancaran bulan kemerdekaan dan seterusnya Penceritaan Kemerdekaan yang dilakukan setiap isnin semasa perhimpunan dimana Sejarah kemerdekaan digali kembali bagi menyedarkan anak-anak disini, bertuahnya nikmat merdeka. Sepanjang bulan kemerdekaan daerah asing ini dihiburkan dengan aneka lagu patriotik bagi menyemarakkan lagi api kemerdekaan. Pagi hari lagi sudah berkumandang, begitu juga diwaktu rehat. Kehujauan bumi bertuah ini juga dihiasi jalur gemilang di setiap sudut. Kini perang banner mula menguasai daerah asing ini, Jika di musim pilihanraya sibuk dengan perang poster lain pula ceritanya disini dimana setiap kelas dari pra hingga tahun 6 dan tidak terkecuali kelas pemulihan diwajibkan menyiapkan banner untuk dipamerkan. Semangat yang ditunjukkan membuatkan daerah ini tidak terperosok ketinggalan. Aura - aura kemerdekaan kini meresapi setiap jiwa warga TITOM.
Hari ini mengikut jadual giliran tahun enam dan lima. Dibawah bimbingan guru masing-masing mereka membuat banner bersama bagi menyatakan mereka menghargai dan meraikan Kemerdekaan itu. Gelagat dan telatah yang dipamerkan menggambarkan apa yang tersirat. Dari cetusan idea mereka menzahirkan diatas sehelai kain putih mencorakkan apa yang mereka mahu...

Gelagat pelajar tahun 6 bersama gurunya

Hasil kreatif pelajar tahun 6

Ragam pelajar tahun 5 bersama guru mereka

Hasilnya... MALAYSIAKU GEMILANG...

nantikan banner dari kelas prasekolah dan pemulihan esok....

Sunday, August 26, 2007

Fantasi atau Realiti?

Dah lama kiranya aku tidak mencoretkan sesuatu di laman ku ini, sudah seminggu kiranya kubiarkan tanpa pengunjung dan tanpa sebarang garapan. Biarlah ia berlalu bagaikan angin yang berdesir di tepian pantai, biarkan ia bagai ombak menghempas pantai. Alunan gemersik bayu melempiaskan segala amarahnya. Bagai camar yang patah sayapnya bertatih terbang menerjah awanan biru. Dalam lamunan itu terhasillah imaginasi yang tak tercapai dek akalku. ... Lamunanku tersentak bagai deraian air hujan membasahi bumi yang hijau. Aku bingkas kembali ke realiti ditempat kaki ku berpicak. Mampukah fantasi ini menguraikan persimpangan dilema itu. Salahkah aku? berdosakah aku? aku keliru yang mana satu? biarlah takdir menentukannya. Ku harapkan langkahku tidak tersadung lagi. . . . . Berfantasikah aku atau ia memang realiti?
seri wajah semulajadi
Adakah begini kehendaknya?

Atau begini mahunya?

Realiti atau Fantasi?