Monday, August 13, 2007

Sepanjang Jalan...

Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan. Memang lumrah hidup dan kesilapan itu sering dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan. Langkah demi langkah diatur, disusun rapi agar langkah itu tidak tersadung namun dalam melalui jalan-jalan dunia yang penuh dengan liku-liku itu terkadang diluar sedar kaki tersampuk batu-batu kecil atau besar hingga membuatkan kita hilang imbangan dan jatuh. Jatuh dengan tanpa sedar atau kurang bersedia bisa membuatkan luka menjamah batang tubuh yang bisa mengalirkan darah merah. Luka bisa sembuh samada lambat atau cepat namun bekas luka-luka itu meninggalkan kesan parut agar kita sentiasa terkenang jerih perit jatuh itu. Parut itu agar kita beringat agar setiap langkah diatur dengan penuh tertib dan hati-hati. Namun dalam ketertiban itu kita tersadung lagi..... entahlah rencah kehidupan bagaikan rojak, Semuanya ada, penuh warna dan rasa. Jika terkurang manakan enak rojak itu. Dalam menempuhi hari-hari di daerah terasing ini sering mengajar aku berfikir sejenak menenai apa yang terjadi. Mengapa ia terjadi dan bagaimana ia terjadi. Dalam rumusan ku setiap pekara atau permasalahan itu banyak berpunca dari diri kita sendiri. Ujian itu untuk menguji kita. Seteguh mana iman kita, sekuat mana pegangan kita atau rapuh bagaikan kerangupan biskut yang dipatahkan lalu dicelup ke dalam kopi?

Sunday, August 12, 2007

MONYET & Journey 120807

Perjalanan hari ini ke daerah terasing ditemani rintik-rintik hujan, tidaklah selebat mana namun kesejukan itu terasa ke tulang temulang. Panorama yang indah dihiasi kabus yang jelas kelihatan mengujakan sekali. Alhamdulillah perjalanan ini tidak dihalang oleh musibah yang menimpa,seakan semuanya memberkati nawaitu kami. Sepanjang perjalanan aku mengelamun teringat kisah monyet dan ibunya yang baru kudengar dari kawanku. Begini kisahnya.........
Baru-baru ini kawan saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu keretanya melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,Dia lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.Kawan saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,Kawan saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapanya. Pantas dia menekan brek dan memperlahankan kereta.Kereta semakin hampir dan dadanya berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan kawan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah anda, benda apakah yang dia lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu kawan saya terasa nyamenggeletar. Dia pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, Kawan saya pandang cermin sisi dan belakang. Kawan Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.Mungkin kepada anda sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan,tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada kawan saya.
Kisah itu mengingatkan saya kepada kisah masyarakat orang asli disini sesuka hati menembak dan menyumpit monyet. Lamunan saya terhenti ketika melalui simpang kecil untuk terus ke daerah terasing, jambatan tua dan uzur itu akan digantikan dengan jambatan baru, Jambatan uzur dan tua itulah menjadi nadi penghubung pada daerah terasing itu dengan dunia sebenar. Semasa melintasi jambatan tua itu kedengaran bunyi-bunyi yang mendebarkan hatiku, jambatan tua itu bergoyang-goyang namun ia tetap utuh menjadi penghubung yang setia. Aku terus mengelamun sambil menikmati panorama sekeliling yang tak jemu mata memandang. Teringat kisah monyet dan orang asli disini......
Memang masyarakat orang asli gemar memburu , dari terperap bosan terperap di rumah, mereka keluar mencari rezeki. Cerita ini diceritakan oleh Bah sola kepada saya, Anak murid yang petah bercerita itu dan ini. Hutan itu sepi. Sola bertambah rimas, pak ciknya pula mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak ciknya menepuk-nepuk senapang yang dipinjam dari orang kesihatan itu. Kata pak ciknya, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."Mereka berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, Mereka terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan . Mereka mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.Sola perhatikan pak ciknya begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang sola faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?"Haa. Pak ciknya nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela,dan ibunya boleh digulaikan" begitu jawapan pakciknya. Kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri.Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Sola terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan mereka. Sola dan pak ciknya terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya.Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan sola bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Sola dan pak ciknya terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah mereka.Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya digenangi air, masih tidak lepas memandang mereka dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang tidak dapat ditanggung lagi.Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.Si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya. Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu dirangkul dan dibawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.................... Berbunga riang sola dan pakciknya kerana petang itu buruan mereka mengena.Tidak berlapar malam itu. Begitulah senario masyarakat orang asli disini. Rezeki mereka dari perut bumi.
Begitulah sebuah bingkisan cerita monyet yang selalu menjadi bahan sindiran dan berunsur sinis dihati kita. Namun jika diselami cerita itu tercarik jua hati seorang manusia yang penuh dengan sifat kemanusiaan itu. Sebinatang monyet ia masih kenal akan kasih dan sayang seorang ibu, kasih ibu kepada anak. Semanusia, manusia kini hilang pertimbangan, lupa akan kasih sayang kepada anak, Anak pula selalu menjadi kacang lupakan kulit dibuai keseronokkan hingga ibu bapa terabai.Dimanakah nilai kita sebagai manusia? Lebih baikkah dari MONYET itu atau lebih rendah darjatnya dari MONYET itu???
Fikir-fikirkanlah dimana letaknya diri kita? Jangan jadi seperti monyet sindiran yang selalu acap kali kita dengar namun sifat kasih sayang monyet itu? Jadilah seperti manusia yang maju dan moden, Tapi sifat yang moden itu? Sibuk hingga lupa kasih sayang anak? Lupa tanggungjawab kepada ibu dan bapa? Sedarlah, tidak salah mengejar kemajuan dan kemodenan tapi jangan hilang kasih dan sayang. Biar ia berjalan seiringan .Wasatia'h dalam hidup.......
Jazakullah.
cerita diatas adalah rekaan semata-mata.

Merdeka kah kita?

Alhamdulillah syukur aku kehadratnya kerana aku masih dianugerahkan sebuah kehidupan ini. Mentari mula menjalankan tugasnya menyinari bumi bertuah ini. Daerah asing ini begitu indah disimbahi cahaya yang membawa rahmat dalam sebuah kehidupan.Aku masih disini masih setia menjadi penunggu di daerah asing ini.Diluar sana mentari begitu asyik dengan tugasnya menyinari alam ini, itu tugas nya yang menjadi fitrahnya. Fitrah kita bagaimana? entahlah tepuk dada tanya iman masing-masing. Semarak kemerdekaan mula menampakkan diri, daerah asing ini tidak ketinggalan dalam memeriahkan bumi bertuah ini.Jalur gemilang mula digantung disana dan sini, warna-warna patriotik mula mewarnai setiap inci daerah ini. Semuanya bersemangat untuk menunjukkan kecintaannya kepada negara. Kita bagaimana? jangan ditanya sumbangan negara kepada kita tapi APA sumbangan kita pada negara ini??? Aktiviti hari ini cukup mudah aku menggabungjalinkan penerapan nilai kemerdekaan dalam setiap p&p, yang melucukannya hari ini untuk slot KE aku adakan pertandingan tarian kumpulan perempuan vs kumpulan lelaki aku hanya menyediakan bunga & songkok. Dan membiarkan mereka selama 10 minit untuk bersiap. Setelah selesai aku memainkan lagu, Lagunya hari ini JONG-JONG INAI.Mereka diberi 5 minit untuklatihan membuat step atau gerak dalam tarian itu. Aku bukannya pandai sangat bab tarian nie ikutlah mereka janji mereka dapat membuat persembahan pada akhir P&P. Setelah selesai semuanya persembahan pun berlangsung. Kumpulan lelaki hampeh... Klaka aku dibuatnya lagu tradisional dia orang boleh berjoget dangdut. Keras perutku. Seterusnya kumpulan perempuan Aduh menarik sekali.... teruja aku yer lah tanpa aku mengajar langsung mereka boleh melakukan persembahan yang boleh diangkat sebagai bagus untuk kanak-kanak prasekolah. Kalu aku ajar mesti boleh jadi johan karnival prasekolah daerah nanti. OOppss lupa den nak snap gambau budak lelaki kerana terlampau klakau, yang ada cuma pic budak pompuan aja.so tengokje lah eks.Nilai-nilai kemerdekaan harus menjadi santapan kanak-kanak ini agar mereka tahu akan erti kemerdekaan serta kemanisan merdeka itu. Jangan biarkan mereka leka dengan kemodenan tanpa pernah menoleh budaya yang menjadi pegangan kita semua.Semuanya terletak pada tanggung jawab siapa??? jangan ditanya pada siap dan menunding jari pada mereka itu dan ini. Tapi tanya diri sendiri dahulu.Kerana satu jari kita menuding pada mereka, empat jari lagi menuding pada diri kita sendiri.JAZUKULLAH...

Monday, August 6, 2007

Nyawa-nyawa ikan...

Kembali bersiaran setelah mengalami ganguan internet. Sekarang acapkali berlaku ganguan demi ganguan. Entahlah... munkin dugaan dalam kehidupan sedangkan manusia pun ada yang demam dan sihat inikan pula peralatan atau server sesekali meragam juga. Sekarang pabila internet server down aku sering hilang arah kerana sejarah mengajar aku erti perhubungan. Ya lah mana munkin aku boleh lupakan ....aku terlepas berita itu dan ini kerana sever down dan aku menjadi orang paling lewat mengetahui kematian Sofia Allysha kerana server down. Sedangkan uncle dan untie ku yang berada di seberang laut tahu dahulu inikan aku yang di darat yang sama boleh terputus hubungan. Daerah terasing ini indah dalam keindahan itu terkadang tersembunyi kepahitan dan kesengsaraan. Itulah yang dinamakan takdir. Walaupun pahit aku tetap telan kerana yang pahit itulah terkadang menjadi ubat. Memang dahulu aku ada berpesan jika sesiapa yang pergi menyahut seruan ilahi usah tunggu aku segerakan pengebumian ia... Kerna bagiku menunggu dan menunggu aku yang x kunjung tiba dari dikebumikan, seolah aku menyiksa jenazah itu. Jika sayang mana munkin aku akan menyiksanya. Sayang aku padanya bukan beerti aku boleh memiliki jenazahnya... Sayang aku diiringi doa dan hadiah ayat suci. Jasadnya bukan milikku tapi jasadnya milik yang maha agung. Sayang kita terkadang tidak bertempat, kasih kita selalu melampaui hukum, cinta kita sering tersalah letak. Yang hakiki kita tutupkan yang batil kita tidakkan. Itulah kita dalam konteks sekarang. Sayang sehingga sanggup membelakangkan hukum demi sayang, Cinta hingga menyerahkan perawan sebagai lambang cinta, Kasih mengasihi hingga melampaui dari yang maha esa. Menatang anak bagai minyak yang penuh... namun minyak itulah terkadang membakar tangan yang menatang itu. Salah siapa???? Semuanya salah kita. Kita yang bernama manusia...

Thursday, August 2, 2007

IKON TITOM

Ikon Malaysia terbitan astro sudah
berlalu, Gelaran yang gah itu disandang di bahu JAC and OAG. Mampukah mereka
terus mewarnai pentas ikon asean? siapa yang tahu semuanya terletak pada kemampuan
mereka tunggu dan
lihat sajalah. Biarlah mereka terus gah dipentas itu asalkan mereka bahagia. Berbeda sekali di
sini, ikon itu seolah simbol sindiran sinikal yang bisa membuatkan hati seseorang itu tercarik. Mampukah ia mencarik?bisakah tercarik dengan permainan kanak-kanak riang. Dalam
konteks ikon itu sendiri tafsiran nya sudah menyimpang jauh, inikan pula makrifatnya. Pendapat? Fakta? atau propa(omongan)?. Layakkah simbol itu dianugerahkan buat mereka-mereka yang baru bertatih. Simbol atau sinikal?. Biarlah itu mungkin hanya gurauan yang bisa mengeratkan hubungan yang jauh itu. Ikon dalam konteks yang tidak hipokrit dengan dunianya. Biarlah tidak perlu berpura-pura tidak hipokrit dengan diri sendiri usah jadikan sindiran itu kudis. Mahkota ikon itu akan dipelihara elok-elok agar ia terus gah biarlah Raja ikon itu berjalan sopan tidak
perlu berlari, berebut dan berkejaran kerana jika memang haknya pasti akan tetap menjadi haknya. Jika bukan haknya walau dipelihara,walau dijaga rapi ia tetap akan hilang. Jam 9 semuanya lengang... Perlukah mengadap yang mereka tidak suka lihat, hipokrit mengaku tidak suka sedangkan gelodak hatinya suka membuak-buak namun demi supaya
harga sebuah nama ia menidakkan. Ganas... bukan persisnya namun?? Perlukah menipu diri sendri sedangkan bangkai gajah mampukah ditutup. biarlah mereka terus dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Penafsirannya lain, pelengkapnya berbeza namun asasnya tetap sama. Biarlah mulutku berbicara kerana itu hakku untuk berbicara, berkata-kata sesedap mulutku kerana itu bukan mulutmu.TIDAK mahu dengar pekakkan
saja telingamu...

Wednesday, August 1, 2007

Tag by sofi Z (6 weird about my self)

Oh my god I have been tag by SOFI Z, walau dah belated tapi kena jawab gak. Six weird things about me its :
1. Suka tido, ader masa terluang suka sgt tido coz for me tido tu boleh membawa ketenangan dan terapi istimewa untuk diriku. Kalu boleh nak tido je and berangan.
2. Suka makan, memang suka makan x kira aper yg penting halal and bukan durian yg lain-lain semua den cuba hihihihi. Makanan sukar dipisahkan dari diri den.Kalu kat bilik tu x der coklat ke aper ke x sah.
3. Den x suka basuh baju... kalu boleh semua nak antau dobi. hihihi kalu shoping sabun basuh baju mesti cari dynamo ke Vanish power o2 ke coz rendam2 celup2 and bilas rendam lak ngan softener kan senang. Nie bukan weird...pemalas rupenyer. Tapi den x suka pakai baju tu dua kali. Mesti tukau setiap baju pakai sekali je. X der ulangan tu dah kebiasaan.
4. Suka semua yg wangi2...wow memang la mana ader org suka mende busuk2 kan. But kalu den nak tido pun den pakai minyak wangi, untuk satu bulan den memerlukan 2 botol minyak wangi untuk keperluan sebulan hahahahah. Yer la den suka wangi2.kalu lalu kat budak semua beratur nak bau arini pakai minyak wangi aper wawawawa. Paling mahal den habiskan beli minyak wangi RM200 and paling murah around RM 25 jer. yer la yg murah2 tu order jer kat adik suruh dia beli kat avon segala jenis minyak wangi ader but paling suka pakai minyak wangi polo spot, body shop and Tommy H.
5. x suka cakap dekat telipon lelama and sms. Tak tau nape kadang2 tu sms berkurun duk kat situ x bebalas. X tau naper semua orang marah coz x balas sms. sory semua. Dah tabiat kekadang tu just buka and baca je sms tu nak balas cam malas je nak taip tolonglah...
6. Yang nie paling x suka skali. Tiap2 kali kalu lalu kat road blog mesti polis or jpj tu mesti minta lesen. X tau nape tolonglah. Walau lalu kat situ 6 kali tapi dia tetap nak tgk lesen gak x cam2 ke muka nie. Sapa nak jawab nie. Pelik sgtkah bila den bawak kereta???
puas memikir ape yg pelik tentang diri aku yang memang pelik ini. sape plak nak kena tag nie...
ok 3 org je lah .. aci la eks...iaitu karllaksamana, munger and nizam

SOFIA ALLYSHA

13 oktober 2006 keheningan malam yang indah di simbahi cahaya percikan kotaraya begitu mengasyikkan. Semua umat manusia melalui hari-hari yang mulia dibawah lembayung sinar ramadhan. Semuanya asyik menyelongkar mencari seribu satu malam didalamnya. Ditengah keheningan itu juga kelihatan kelibat seorang ibu yang perutnya separa buncit terjengkit-jengkit sambil diiringi suaminya disisi. Anak sulungnya diheret bersama meredah malam itu. Dalam kepekatan malam itu tiga beranak ini nampak cemas sekali, tompok-tompok peluh mula membasahi dahi suami itu, gelisah... melihat isterinya yang separa buncit itu mengadu sakit, Sakit apakah malam-malam begini, nak beranak ke? terlintas di benak lelaki berbadan besar yang bergelar suami. Bukankah lambat lagi tarikhnya. Seingat dia selepas berbuka puasa tadi isterinya mengadu sakit perut, mungkin sebab kekenyangan, telahanya. Namun kini lain benar rasanya. Seolah-olah dah mahu keluar adu isterinya. Dalam tergopoh gapah itu sampai jua mereka di Hospital Bersalin Besar Kuala Lumpur. Berapa cm? tanya doktor tua itu kepada seorang jururawat yang asyik dengan kerjanya. Biarlah itu memang kerja mereka berapa cm yang sentiasa menjadi ukuran mereka melihat dan terus melihat. Sang suami menanti-terus menanti, gelisahnya sukar dibendung, sedangkan ini bukan kali pertamanya melalui saat begini. Kehadiran ILMAN HAKEEMI dahulu disambut dengan dia disisi isterinya. Itu ketika di hospital di kampung isterinya.Kini dia keseorangan menanti di luar. Cemasnya tuhan saja yang tahu. Habis semua kenalan ditelifonnya, anak-beranak, saudara-sepatat ahh... hingga terlupa ayahandanya yang sejengkal cuma dari rumahnya itu. Cepat-cepat dihubungi orang tua itu. Sejam kemudian dia dipanggil masuk,anak sulungnya itu ditinggalkan bersama ayahnya yang baru setengah jam sampai itu. Debaran kian kencang namun semua itu tidak diendahkan. Tangan kasar itu menggemgam erat tanagn isterinya, mulutnya tidak lepas dari memberi kata semangat buat isterinya yang bertarung nyawa berjuang untuk membawa satu nyawa penyambung zuriat kedunia ini. Subuh yang indah dibawah sinar kemerahan maka lahirlah hamba allah yang suci bersih kedunia ini. Berita gembira itu disebarkan kesemua telinga manusia-manusia sedarah dengannya. Kelahiran puteri yang dinantikan setelah semua kerabat yang lain putera. Penantian itu akhirnya berakhir. Senyuman terukir dibibir semua manusia-manusia yang sudah sekian lama menanti kelahiran puteri idaman setelah tiga putera mewarnai mahligai keluarga itu. Maka kelahiran istimewa membawa sinar gemilang bakal menjadi penyeri dalam taman idaman. Kelahiran puteri yang dibernama SOFIA ALLYSHA memang dinanti, kelahiran pramatang membuatkan ia diluar jangkaan. Puteri dibawa bersemayam ke kampung halaman dengan penuh istiadat. Disambut dengan meriah semua bibir terukir senyuman.........
BERSAMBUNG...