Monday, April 30, 2007

MoNoLoG DaErAh AsInG...

Hari berganti hari, bulan dan matahari saling bergilir mengikut lumrah alam begitulah jua pasang surutnya laut inilah dinamakan kehidupan, sekuat ombak memukul pantai yang bisa mengubah pantai, sedingin bayu bertiup melempiaskan keheningan alam. Kehidupan perlu diteruskan live must go on jangan sesekali bacul untuk merentasi garisan sukar dalam kehidupan adakalanya jatuh bangun itu membuatkan aku terus matang untuk terus berjuang demi sebuah kehidupan yang diimpikan. Kehidupan bukan dinamakan kehidupan jika tidak diduga dengan rencahnya. Bagi aku tanpa semuanya, kehidupan ini hambar, suram dan tak bercahaya. Hidup ini ibarat putaran waktu, yang sudah berlaku tidak dapat diputar kembali yang akan berlaku tida siapa yang tahu.
Daerah asing ini masih setia bersamaku, terus bercahaya suram bersama kepompong-kepompong yang masih menjadi penunggu seolah menjerat cahaya yang mahu bersinar. Begitulah kehidupan dalam keterusangan... Biarlah kerana keterusangan yang bisa membuatkan mereka gembira, berlandaskan kejujuran yang terus tersemat dalam roda putaran kehidupan mereka. Tidak seperti kupu-kupu yang mengaku moden dan maju diluar sangkar sana. Sedangkan kupu-kupu itu terperangkap dalam sangkar yang mereka bina sendiri, kecantikan mereka menampakkan kebodohan mereka. Kupu-kupu yang bisa terbang bebas kemana sahaja dibalut baju tebal, diikat tali di lehernya namun sesuaikah baju tebal itu? lojikkah tali itu sedangkan sangkar mereka panas membara, jika sangkar itu menyiksakan mengapa terus ego kupu-kupu itu sedemikian. Ohh terlupa aku agaknya, Kupu-kupu itu terlalu menjaga kemodenan mereka, takut bergelar jumud sedangkan tersiksa dalam epik ciptaan mereka. Biarlah mereka terus begitu kerna kupu-kupu bisa hidup hanya seketika, sampai masanya hilanglah segala keindahan ciptaan mereka, mengapa harus kupu-kupu itu mensia-siakan kehidupan yang seketika itu. Biarlah kisah rama-rama itu dan biarlah mereka terus cantik dimata tapi tersiksa dijiwa. Mereka bahagia menghisap madu segar bunga-bunga yang melata. Dalam keterpaksaan bunga indah mekar merelakan madu diambil, dalam kerelaan wujudnya amarah. Dalam amarah terbitnya bibit-bitit kebencian. Itulah kehidupan semuanya saling bergantung, pertalian itulah yang mengharmonikan suasana alam ini. Wujudnya kupu-kupu pelbagai warna mecalitkan kesan warna-warni keindahan bumi ini. Tanpanya manakan lengkap putaran alam ciptaan ilahi ini.
Jatuh bangun dalam menempuhi ranjau yang berduri ini pekara biasa bagi sebuah kehidupan, biasa bagi setiap insan yang bernama manusia. Ku juga seperti itu bangkit dari sebuah kegagalan memang perit namun kesan parut dari luka semalam membuat aku terus cekal dan berhati-hati dalam merentasi onak yang berliku, rentaknya yang sumbang jangan diikut biarlah kesumbangan itu terus sumbang jangan sesekali menumbangkkan aku yang kerdil ini. Jadilah seperti ikan di laut sana, walau semasin mana airnya namun isi ikan tidak masin ampuh melindungi kemasinan itu seolah-olah imun dengan air garam yang memualkan. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak, tapi jangan sesekali jadi kambing dan kerbau itu. Jadilah diri sendiri mengikut acuan berlandaskan kitab suci yang mulia dan univesal. Jangan dipinda jangan diubah prinsipnya yang suci itu dan kemudiannya mengaku dia yang mencipta kesucian itu, sedangkan semuanya telah termaktub dan tertulis sejak diwasiatkan kitab suci buat junjungan agung.
Monolong ku hanya aku yang tahu, monolong ku hanya sebuah bingkisan yang dinamakan ceritera. Monolong ku dari aku untuk diriku jua. Yang baik dan mulia itu datang dari yang maha agung dan yang jelik serta buruk ini hanya dariku insan yang kerdil. Insan yang masih tercari-cari dimanakah kejujuran sebuah kehidupan...

Tuesday, April 24, 2007

लोनेल्य... Lonely...

I am back, daerah asing ini begitu membahagiakan diriku walaupun diri ini diselubungi perasaan kerinduan dan rasa bersalah terhadap semua orang. Namun kegusaran itu tidak menjadi penghalang untuk aku terus berdiri disini. Setiap orang memiliki sesuatu pekara yang pelik dalam dirinya sendiri dan bagi diriku itulah kepelikan aku. Aku suka bersendirian and membisu bila aku tidak sihat dan itulah aku dan hanya aku yang tahu...
Sejarah mengajar aku, erti persahabatan,kawan-kawan, sahabat, kekasih dan musuh. Masih terngiang kata-kata arwah datukku " kawan adalah penawar segala racun dan terkadang sahabat jugalah racun berbisa yang bisa membunuh " . Benarlah kata-kata itu kerna aku telah melalui pelbagai dimensi dalam erti kawan, sahabat, kekasih dan yang bergelar musuh. Kerna semuanya adalah segalanya yang menjadi racun dan yang menjadi penawar. Entahlah... itulah senario masa kini sukar untuk mencari sahabat nilai sejati dan aku akan terus mencari walaupun belum pasti...
Hari ini aku begitu aman sekali, seperti dilahirkan semula. Setelah meniti detik yang suram dan tidak bewarna kini aku kembali bersama keazaman yang lebih kental.Begitulah aku setiap detik yang bakal mendatang akan ku guna semaksimum mungkin kerna aku tidak pasti masih adakah esok bagiku?

Sunday, April 22, 2007

NO COMMENT

I fell bad today. hope give me a space to be alone. Pekara yg pelik tentang diri ku pabila aku rasa x sedap badan atau sakit aku suka bersendiri, tidak mahu bercakap lebih suka menyendiri and memencilkan diri. Aku harap dia dan semuanya faham.

Monday, April 16, 2007

BILA APRIL

Bila April tiba,
hati mula berkata
Setahun lamanya,
perkenalan kita
Kutanya padamu,
kapankah hatimu
Akanku miliki,
selama abadi
Di April yang itu
Kau katakan padaku,
sabarlah menanti
Takkan lama lagi,
kau senyum bermakna
Padaku kau pinta,
berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu
Bila bila April
Aku menantimu,
aku menantimu
Dan bila April,
bila April
Dapatku pastikan,
cintaku ini
Dan bila,
bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milikku…
Jemunya aku
Pada mayaYang memisahkan
Secebis rasa kasih
Kita berdua…Kita berdua…Oh…

Sunday, April 15, 2007

Da JourNeY

14.4.2007
Pagi itu mentari menyinari bumi ini limpahan cahaya itu bagaikan menyambut kepulanganku ke daerah asing ini. Perjalananku masih jauh namun sinaran itu memberi aku kekuatan untuk terus berjuang kerna pepatah ada menyebut jangan berundur sebelum berjuang. Badanku yg lesu semalam segar kembali,aku pun tidak tahu bagaimana itu terjadi bagaikan satu suntikan perangsang membuatkan aku kuat untuk kembali kedaerah asing itu.Kerinduan padanya membuatkan aku sayu,Kerinduan makin menebal ditambah pula kerinduan pada "si dia". Kugagahi dengan kudrat yg ada ke daerah asing itu.
Pagi itu dalam keheningan subuh aku ke pasar, membeli segala keperluan. Pelbagai sayur ku beli untuk menampung keperluan seminggu bagi kami di daerah asing ini. Setelah selesai urusan di pasar aku kembali kerumah dan bersiap untuk ke Bandar "usang". Perjalanan dari rumahku ke bandar berkenaan mengambil masa 2 jam. Cik my, ku tinggalkan kerna cermin hadapanya retak,aku memandu saga manah ku... aduh panas sekali hari ini. Ku rasakan mentari bagaikan memanggangku. Sampai di bandar usang itu aku terus mengalas perutku yg sudah berkeroncong. Sesudah perut diisi aku terus kerumah sewaku di bandar usang itu.Bandar usang itu tidak berubah sepertimana pertama kali kujejakan kakiku,kini sudah hampir 4 tahun aku disini namun tiada perubahan yg ketara disini terus usang dimamah usia.Usang memang usang. semakin usang semakin antik.
Perasaan ini dihambat rasa meluat... Meluat pada si luncai itu, menabur kata manis namun kata-kata tinggal kata-kata, masih jumud bagaikan si korup yg belum akil baligh. Sejarah biarlah berlalu dan lupakan serta buanglah sejarah itu jauh-jauh dari benak fikiran begitulah telahan si luncai sempit sungguh pemikiran si luncai bagai anak hingusan bermain pondok-pondok. Sejarah tetap sejarah, sejarah mengajar erti kedewasaan. Memang biarlah sejarah itu berlalu namun sejarah itu harus dikenang agar hari mendatang terus menuju puncak yg di idamkan. Sejarah jua mengajar erti pengorbanan serta kesilapan. Belajar dari kesilapan bangun dari kesusahan. Begitulah luncai yg tidak perlu bersusah payah,tidak merasai pengorbanan untuk sampai disini bagi yg pernah merasainya pasti bersyukur terima seadanya. Luncai memang tetap luncai membiarkan orang lain menebalkan muka meminta-minta demi kesenangannya. Entahlah... aku doakan luncai itu berubah dan sedar akan kesilapannya. Perubahan yg dijanjikan harus dikotakan jangan biarkan ia berlalu bagai angin menerbangkan habuk serta huma yg terpalit ke muka orang lain. Inikah yg dinamakan perubahanJadilah seperti hujan yg membasahi bumi mengegarkan bumi yg kegersangan. Kini kata menjadi omong-omongan, hampir berkurun lamanya menanti siluncai dan labunya tidak kunjung tiba. Terasa bagaikan menunggu buah yg hendak masak. Inikah yg dinamakan perubahan???. Jika dahulu luncai keseorangan kini tidak lagi,Begitu lah si luncai menabur baja tahi ayam agar si labu terus setia bersamanya. Si luncai yg jumud kini terus jumud serta bakal ditemani si labu yg korup itu. biarlah si luncai itu bersama labunya.
Ahhhh pedulikan si luncai bersama labunya itu. Sesudah menunaikan kewajipanku aku terus ke bandar usang itu mengambil perwira-perwira yg bakal berjuang bersamaku di daerah asing itu, Ketabahan perwira-perwira itu teruji pabila ulat berasap itu lewat hampir 2 jam namun, perwira tetap perwira manakan luntur semangatnya dengan ujian begitu. Kutinggalkan saga manah ku di bandar usang itu, berat hatiku membiarkan ia keseorangan disitu namun apakan daya bagiku. Keteruskan perjalanan dengan menunggang kuda biruku.
Pekan KOTARAYA itulah destinasiku seterusnya.Mengapa KOTARAYA? jika hendak dibandingkan dengan daerah asing pekan itu maju dihadapan Manakan tidak di pekan KOTARAYA itu semuanya ada. Tapi di daerah asing ini semuanya berbeda sekali. Terlintas dibenakku jika pekan sekecil itu bagaikan KOTARAYA jika di Bandaraya... mungkin Syurgaraya? Hampir 45 minit perjalanan ku kesana, Bahang mentari terus membakar badanku. Setelah memberi makan kuda biruku dengan MOBIL aku terus ke penghujung jalan berturap. Pemandangan dari KOTARAYA ke penghujung dunia berturap itu mencacatkan panorama yg menghijau manakan tidak manusia-manusia yg rakus terus dengan kerakusan mereka memerah hasil bumi demi kepentingan mereka. Meluat dengan sikap kebobrokan mereka itu. Bahang mentari bagaikan setuju dengan pendapatku. Mentari terus melemparkan rasa amarahnya dengan panas sekali. Sesudah hampir dengan penghujung dunia itu kesejukan rimba mulai menyimbahi batang tubuh ku. Perjalanan hampir 3 jam meredah hutan belantara bagiku singkat sekali begitulah pabila ke tidak biasaan menjadi kebiasaan.

Jalan balak ku tempuhi,jambatan buluh kurentasi, denai belukar ke redahi lumpur palit menjadi mainan bagiku. Begitulah daerah asing ini. Keterpencilan bukan halangan, Keusangan bukan mudah hendak diterjemahkan. Mereka terus mengharapkan perwira-perwira ini terus menyinari mereka yg sudah lama kelam dan sepi. 7.30 petang sudah lewat. Rembang senja menginjaki waktunya. Aku terus disini... Daerah asing ini tetap menerima kehadiranku.

Sunday, April 8, 2007

Epilog Da TiToM

Sabtu telah berlalu dan Ahad bakal meninggalkan aku sebentar lagi namun ia benar-benar memberikan aku ketenangan. Entahlah aku pun x tahu mengapa namun perasaan itu dapat dirasai. Walaupun terpisah denganya beribu batu namun kurasakan ia dekat denganku, jauh dimata dekat dihati... biarlah berjauhan kerna ia mengajar erti rindu.Walaupun seketika bertemu namun cukup untuk mengubat kerinduaan itu.
Hujung minggu di daerah asing ini seperti biasa suram x bermaya namun bagiku ia cukup mengasyikkan. Biarlah ia tidak dilimpahi cahaya,biarlah ia tidak dibanjiri keseronokan namun ia cukup untuk membahagiakanku.Bahagia jauh dari manusia-manusia hipokrit,jauh dari manusia-manusia ego,jauh dari sifat-sifat manusia yg menjengkelkan. Namun keaman daerah asing ini makin terhakis dek kerana kehadiran manusia-manusia yg sebegini keamanan itu kian lenyap sedikit demi sedikit. Permasalahan ini berpunca dari siapa entahlah semua menuding jari antara satu sama lain namun bagiku amat mudah biarlah mereka dengan kisah mereka yg penting aku tahu aku masih dilandasan yg betul. Kebobrokan itu amat menjengkelkan... Tika dulu ibarat isi dan kuku, namun kini jauh panggang dari api biarlah ia dengan dunianya bak kata kawanku itu yg penting dia x mengganggu hidupnya.
Berbalik pada penceritaan asalnya sabtu dan ahad ini banyak kuhabiskan dengan merehatkan diri (tidur), hahahaha tidur begitu signifikan dgn diriku. Sabtu yg telah meninggalkan aku itu telah mencoretkan sedikit warna-warni bersama rencahnya. Mana tidaknya daerah asing ini terputus bekalan air paip. Saluran paip graviti disini tersumbat pada mulanya aku menjangkakan mungkin pasir atau batu yg terlekat dalam paip itu kerna hujan turun pada hari sebelumnya.Untuk pengetahuan semua paip graviti disini diambil sumbernya dari anak sungai yang mengalir di kaki bukit.Namun semua tanggapan itu tersasar sekali kerna punca paip itu tidak tersumbat.Setelah di pam-pam air mula memasuki tangki. Aku membuka paip air namun masih tiada air.Ah... mana mungkin air tidak keluar sedangkan air di tangki ada? aku mebuka kepala paip itu. Alangkah terkejutnya aku seekor ikan yang telah mati keluar dari paip itu. Aku bingkas membuka semua kepala paip dirumahku...alangkah terkejutnya kerna dua ekor anak ikan yg masih hidup keluar lagi. Aku pun mengambil anak ikan puyu itu dan ku isi dalam bekas.Biarlah ia hidup selepas menempuh pelbagai liku didalam air namun ia berjuang untuk ia terus hidup.Terlintas dibenakku, walau bagaimana dugaan datang melanda walau sesusah mana hidup ini walau sesukar mana hidup ini, kita harus terus berjuang untuk terus hidup serta terus kuat untuk penghidupan ini.Namun dalam perjuangan itu ada yang tewas kerna lemah atau menyerah kalah pada hakikatnya kalah setelah berjuang bagiku lebih baik dari menyerah kalah sebelum berjuang.Kerna hidup ini tiada warnanya jika tidak diuji dengan masalah. Itulah realiti atau hakikatnya hidup ini.Pada petangnya aku bersama rakanku ke empangan kecil punca paipku untuk melihat kaadaannya.Rakanku meletak penapis bagi tidak membenarkan sebarang bendasing memasuki saluran paip itu.

Pagi ahad ini sekali lagi daerah asing ini digemparkan dengan satu kisah yg amat menarik bagiku. Mana tidaknya sedang aku asyik membasuh motosikal yang amat berjasa itu aku digemparkan dengan kehadiran ular. Aku bingkas bangun untuk melihat alangkah terkesima diri ini kerna ular hitam itu telah mati dibunuh oleh budak yg baru berusia 10 tahun. Terlintas difikiranku keterbiasaan sudah menjadi biasa bagi mereka yang biasa, namun bagi kita yg tidak biasa memang luar biasa. Begitu lah daesah asing ini jika di kampungku apabila digemparkan dengan ular kanak-kanak seusia dengan budak itu berlari ketakutan atau pun ibu bapa mereka melarikan anak yg masih kecil kerna kita telah dibiasakan dengan kata-kata "ular itu bahaya". Namun di daerah asing ini ia sedah menjadi permainan mereka kerna mereka lebih dididik untuk berdikari. Pada pengamatan ku ababila anak-anak mereka sudah bersekolah mereka bebas untuk bermain walaupun mereka baru memasuki prasekolah. Itulah kebiasaan mereka.

Bagiku benarlah ketidakbiasaan itu perlu dibiasakan untuk aku terus disini. Kerna jika aku tidak membiasakan apa yang kutidak biasa bagaimana untuk aku terus menabur bakti disini. Benarlah kata pepatah "masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau, menguak". Namun jangan lah kita menjadi kambing atau kerbau. Jadilah seperti ikan walau hidup dilaut yg masin namun isinya tidak masin. Biarlah kita tetap kita namun kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. insyaallah...

Wednesday, April 4, 2007

SEHARI SELEMBAR BENANG.

Mari belajar Bahasa Semai Perkataan hari ini 05.04.07 : ENG (e`ng) = Saya, aku, ku, Pronoun for first person singular (includes only the speaker); I, me,my, myself. HEK (hee') = Awak, pronoun for second person singular (just the hearer) you, your. Contoh ayat : Hek panei? ( BM: Awak faham (tahu)) (BI: Do you understand). Eng tok panei ( BM:Saya tidak tahu (faham)(BI: I dont know).

HIDUP INI (PROLOG DAERAH ASING)

04.04.2007
Bermula pagi yg indah ini dengan penuh kesyukuran atas kurniaan yg tidak terhingga kerna aku masih berpeluang menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Pagi ini bermula dengan penuh kegembiraan bagiku, amanah yg telah diberikan padaku kulakukan dengan penuh kegembiraan kerna tanpa kegembiraan hidup ini tak bermakna,yg lepas biarkan lah ia pergi jadikan ia pengajaran dan sempadan.Tugas sebagai pendidik di daerah pedalam ini mengajar aku erti bersyukur serta menghargai apa yg ada.Mungkin dulu aku kurang menghargai apa yg ada disekelilingku namun kini tidak lagi setiap saat itu akan ku hargai dan bersyukur atas apa yg dikurniakan.Tiada lagi istilah HIGHT TASTE dalam kamus hidupku,Bersederhana itu lah pilihan hidupku kini. Biarlah sejarah dulu menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidupku sebagai kenangan terindah. Daerah asing ini juga mengajar aku banyak pekara yg tidak pernah aku lalui dulu. SETIA KAWAN itulah antara pengalaman yg kukutip disini daerah ini menjadikan kami minority dalam komuniti yg berlainan sekali,tanpa setiakawan mana mungkin kami dapat bersatu dalam menempuh cabaran di daerah ini. Segar sekali suasana petang di sini dalam kesegaran itu sempat juga aku terlelap khayal dengan perasaan rindu serta senyuman yg menjadi kekuatan dalam hidupku. Sesedar ku dari lamunan itu aku bingkas bangun menunaikan kewajipanku yg telah jauh menghampiri sempadannya. Setelah selesai kewajipanku aku berlalu mencari sesuatu untuk mengisi perutku yg berkeroncong ini sambil berlagu riang untuk menghiburkan hatiku, aku menguap ubi kayu rebus yg ku isi mentega kacang, jika dahulu ubi rebus tidak pernah melepasi kerongkong ku ini namun kini aku belajar untuk itu.Jika dahulu roti dengan jem strowberi melewati kerongku, kini tidak lagi biarlah...itu dahulu kini aku berbeza, memang daerah ini mengajar aku keserderhanaan. Matahari seakan melambai-lambai meninggalkan aku keindahan matahari itu kuamati mungkin aku tidak dapat melihatnya esok...siapa yg tahu,kita hanya merancang tuhan yg menentukannya. Purnama menyinari malam yg kelam daerah ini, suram tanpa kerdipan neon tanpa kerancakan manusia yg mengejar keindahan malam.Malam di daerah asing ini sunyi,sungguh sunyi.Hidangan malam ala kadar sardin serta sayur goreng menjadi juadah kami, namun ia sudah cukup bagiku untuk mengalas perut. Keheningan malam ini aku redahi ia untuk mencari sedikit ruang untuk aku berhubung dengan dunia luar. Walaupun berada jauh nun di pedalaman namun aku tidak pernah ketinggalan sebarang informasi terkini dunia luar.Deruan angin bunyi cengkerik mengindahkan lagi suasana malam disini. Daerah asing ini akan tetap asing jika kita tidak mengubahnya aku berdoa agar kehadiran kami mampu megubah serba sedikit paradigma komuniti disini.Kesejukan malam ini makin indah ditambah dengan gerimis yg turun menghujani daerah ni.Kutinggalkan malam ini dengan kesyukuran kerna berakirlah hari ini, satu hari yg indah mungkin esok tidak serupa dengan hari ini,Ku berdoa agar esok lebih indah dari hari ini.Insyaallah...