Hari berganti hari, bulan dan matahari saling bergilir mengikut lumrah alam begitulah jua pasang surutnya laut inilah dinamakan kehidupan, sekuat ombak memukul pantai yang bisa mengubah pantai, sedingin bayu bertiup melempiaskan keheningan alam. Kehidupan perlu diteruskan live must go on jangan sesekali bacul untuk merentasi garisan sukar dalam kehidupan adakalanya jatuh bangun itu membuatkan aku terus matang untuk terus berjuang demi sebuah kehidupan yang diimpikan. Kehidupan bukan dinamakan kehidupan jika tidak diduga dengan rencahnya. Bagi aku tanpa semuanya, kehidupan ini hambar, suram dan tak bercahaya. Hidup ini ibarat putaran waktu, yang sudah berlaku tidak dapat diputar kembali yang akan berlaku tida siapa yang tahu.
Daerah asing ini masih setia bersamaku, terus bercahaya suram bersama kepompong-kepompong yang masih menjadi penunggu seolah menjerat cahaya yang mahu bersinar. Begitulah kehidupan dalam keterusangan... Biarlah kerana keterusangan yang bisa membuatkan mereka gembira, berlandaskan kejujuran yang terus tersemat dalam roda putaran kehidupan mereka. Tidak seperti kupu-kupu yang mengaku moden dan maju diluar sangkar sana. Sedangkan kupu-kupu itu terperangkap dalam sangkar yang mereka bina sendiri, kecantikan mereka menampakkan kebodohan mereka. Kupu-kupu yang bisa terbang bebas kemana sahaja dibalut baju tebal, diikat tali di lehernya namun sesuaikah baju tebal itu? lojikkah tali itu sedangkan sangkar mereka panas membara, jika sangkar itu menyiksakan mengapa terus ego kupu-kupu itu sedemikian. Ohh terlupa aku agaknya, Kupu-kupu itu terlalu menjaga kemodenan mereka, takut bergelar jumud sedangkan tersiksa dalam epik ciptaan mereka. Biarlah mereka terus begitu kerna kupu-kupu bisa hidup hanya seketika, sampai masanya hilanglah segala keindahan ciptaan mereka, mengapa harus kupu-kupu itu mensia-siakan kehidupan yang seketika itu. Biarlah kisah rama-rama itu dan biarlah mereka terus cantik dimata tapi tersiksa dijiwa. Mereka bahagia menghisap madu segar bunga-bunga yang melata. Dalam keterpaksaan bunga indah mekar merelakan madu diambil, dalam kerelaan wujudnya amarah. Dalam amarah terbitnya bibit-bitit kebencian. Itulah kehidupan semuanya saling bergantung, pertalian itulah yang mengharmonikan suasana alam ini. Wujudnya kupu-kupu pelbagai warna mecalitkan kesan warna-warni keindahan bumi ini. Tanpanya manakan lengkap putaran alam ciptaan ilahi ini.
Jatuh bangun dalam menempuhi ranjau yang berduri ini pekara biasa bagi sebuah kehidupan, biasa bagi setiap insan yang bernama manusia. Ku juga seperti itu bangkit dari sebuah kegagalan memang perit namun kesan parut dari luka semalam membuat aku terus cekal dan berhati-hati dalam merentasi onak yang berliku, rentaknya yang sumbang jangan diikut biarlah kesumbangan itu terus sumbang jangan sesekali menumbangkkan aku yang kerdil ini. Jadilah seperti ikan di laut sana, walau semasin mana airnya namun isi ikan tidak masin ampuh melindungi kemasinan itu seolah-olah imun dengan air garam yang memualkan. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak, tapi jangan sesekali jadi kambing dan kerbau itu. Jadilah diri sendiri mengikut acuan berlandaskan kitab suci yang mulia dan univesal. Jangan dipinda jangan diubah prinsipnya yang suci itu dan kemudiannya mengaku dia yang mencipta kesucian itu, sedangkan semuanya telah termaktub dan tertulis sejak diwasiatkan kitab suci buat junjungan agung.
Monolong ku hanya aku yang tahu, monolong ku hanya sebuah bingkisan yang dinamakan ceritera. Monolong ku dari aku untuk diriku jua. Yang baik dan mulia itu datang dari yang maha agung dan yang jelik serta buruk ini hanya dariku insan yang kerdil. Insan yang masih tercari-cari dimanakah kejujuran sebuah kehidupan...
No comments:
Post a Comment