14.4.2007
Pagi itu mentari menyinari bumi ini limpahan cahaya itu bagaikan menyambut kepulanganku ke daerah asing ini. Perjalananku masih jauh namun sinaran itu memberi aku kekuatan untuk terus berjuang kerna pepatah ada menyebut jangan berundur sebelum berjuang. Badanku yg lesu semalam segar kembali,aku pun tidak tahu bagaimana itu terjadi bagaikan satu suntikan perangsang membuatkan aku kuat untuk kembali kedaerah asing itu.Kerinduan padanya membuatkan aku sayu,Kerinduan makin menebal ditambah pula kerinduan pada "si dia". Kugagahi dengan kudrat yg ada ke daerah asing itu.
Pagi itu dalam keheningan subuh aku ke pasar, membeli segala keperluan. Pelbagai sayur ku beli untuk menampung keperluan seminggu bagi kami di daerah asing ini. Setelah selesai urusan di pasar aku kembali kerumah dan bersiap untuk ke Bandar "usang". Perjalanan dari rumahku ke bandar berkenaan mengambil masa 2 jam. Cik my, ku tinggalkan kerna cermin hadapanya retak,aku memandu saga manah ku... aduh panas sekali hari ini. Ku rasakan mentari bagaikan memanggangku. Sampai di bandar usang itu aku terus mengalas perutku yg sudah berkeroncong. Sesudah perut diisi aku terus kerumah sewaku di bandar usang itu.Bandar usang itu tidak berubah sepertimana pertama kali kujejakan kakiku,kini sudah hampir 4 tahun aku disini namun tiada perubahan yg ketara disini terus usang dimamah usia.Usang memang usang. semakin usang semakin antik.
Perasaan ini dihambat rasa meluat... Meluat pada si luncai itu, menabur kata manis namun kata-kata tinggal kata-kata, masih jumud bagaikan si korup yg belum akil baligh. Sejarah biarlah berlalu dan lupakan serta buanglah sejarah itu jauh-jauh dari benak fikiran begitulah telahan si luncai sempit sungguh pemikiran si luncai bagai anak hingusan bermain pondok-pondok. Sejarah tetap sejarah, sejarah mengajar erti kedewasaan. Memang biarlah sejarah itu berlalu namun sejarah itu harus dikenang agar hari mendatang terus menuju puncak yg di idamkan. Sejarah jua mengajar erti pengorbanan serta kesilapan. Belajar dari kesilapan bangun dari kesusahan. Begitulah luncai yg tidak perlu bersusah payah,tidak merasai pengorbanan untuk sampai disini bagi yg pernah merasainya pasti bersyukur terima seadanya. Luncai memang tetap luncai membiarkan orang lain menebalkan muka meminta-minta demi kesenangannya. Entahlah... aku doakan luncai itu berubah dan sedar akan kesilapannya. Perubahan yg dijanjikan harus dikotakan jangan biarkan ia berlalu bagai angin menerbangkan habuk serta huma yg terpalit ke muka orang lain. Inikah yg dinamakan perubahanJadilah seperti hujan yg membasahi bumi mengegarkan bumi yg kegersangan. Kini kata menjadi omong-omongan, hampir berkurun lamanya menanti siluncai dan labunya tidak kunjung tiba. Terasa bagaikan menunggu buah yg hendak masak. Inikah yg dinamakan perubahan???. Jika dahulu luncai keseorangan kini tidak lagi,Begitu lah si luncai menabur baja tahi ayam agar si labu terus setia bersamanya. Si luncai yg jumud kini terus jumud serta bakal ditemani si labu yg korup itu. biarlah si luncai itu bersama labunya.
Ahhhh pedulikan si luncai bersama labunya itu. Sesudah menunaikan kewajipanku aku terus ke bandar usang itu mengambil perwira-perwira yg bakal berjuang bersamaku di daerah asing itu, Ketabahan perwira-perwira itu teruji pabila ulat berasap itu lewat hampir 2 jam namun, perwira tetap perwira manakan luntur semangatnya dengan ujian begitu. Kutinggalkan saga manah ku di bandar usang itu, berat hatiku membiarkan ia keseorangan disitu namun apakan daya bagiku. Keteruskan perjalanan dengan menunggang kuda biruku.
Pekan KOTARAYA itulah destinasiku seterusnya.Mengapa KOTARAYA? jika hendak dibandingkan dengan daerah asing pekan itu maju dihadapan Manakan tidak di pekan KOTARAYA itu semuanya ada. Tapi di daerah asing ini semuanya berbeda sekali. Terlintas dibenakku jika pekan sekecil itu bagaikan KOTARAYA jika di Bandaraya... mungkin Syurgaraya? Hampir 45 minit perjalanan ku kesana, Bahang mentari terus membakar badanku. Setelah memberi makan kuda biruku dengan MOBIL aku terus ke penghujung jalan berturap. Pemandangan dari KOTARAYA ke penghujung dunia berturap itu mencacatkan panorama yg menghijau manakan tidak manusia-manusia yg rakus terus dengan kerakusan mereka memerah hasil bumi demi kepentingan mereka. Meluat dengan sikap kebobrokan mereka itu. Bahang mentari bagaikan setuju dengan pendapatku. Mentari terus melemparkan rasa amarahnya dengan panas sekali. Sesudah hampir dengan penghujung dunia itu kesejukan rimba mulai menyimbahi batang tubuh ku. Perjalanan hampir 3 jam meredah hutan belantara bagiku singkat sekali begitulah pabila ke tidak biasaan menjadi kebiasaan.
Jalan balak ku tempuhi,jambatan buluh kurentasi, denai belukar ke redahi lumpur palit menjadi mainan bagiku. Begitulah daerah asing ini. Keterpencilan bukan halangan, Keusangan bukan mudah hendak diterjemahkan. Mereka terus mengharapkan perwira-perwira ini terus menyinari mereka yg sudah lama kelam dan sepi. 7.30 petang sudah lewat. Rembang senja menginjaki waktunya. Aku terus disini... Daerah asing ini tetap menerima kehadiranku.
No comments:
Post a Comment