Sabtu telah berlalu dan Ahad bakal meninggalkan aku sebentar lagi namun ia benar-benar memberikan aku ketenangan. Entahlah aku pun x tahu mengapa namun perasaan itu dapat dirasai. Walaupun terpisah denganya beribu batu namun kurasakan ia dekat denganku, jauh dimata dekat dihati... biarlah berjauhan kerna ia mengajar erti rindu.Walaupun seketika bertemu namun cukup untuk mengubat kerinduaan itu.
Hujung minggu di daerah asing ini seperti biasa suram x bermaya namun bagiku ia cukup mengasyikkan. Biarlah ia tidak dilimpahi cahaya,biarlah ia tidak dibanjiri keseronokan namun ia cukup untuk membahagiakanku.Bahagia jauh dari manusia-manusia hipokrit,jauh dari manusia-manusia ego,jauh dari sifat-sifat manusia yg menjengkelkan. Namun keaman daerah asing ini makin terhakis dek kerana kehadiran manusia-manusia yg sebegini keamanan itu kian lenyap sedikit demi sedikit. Permasalahan ini berpunca dari siapa entahlah semua menuding jari antara satu sama lain namun bagiku amat mudah biarlah mereka dengan kisah mereka yg penting aku tahu aku masih dilandasan yg betul. Kebobrokan itu amat menjengkelkan... Tika dulu ibarat isi dan kuku, namun kini jauh panggang dari api biarlah ia dengan dunianya bak kata kawanku itu yg penting dia x mengganggu hidupnya.
Berbalik pada penceritaan asalnya sabtu dan ahad ini banyak kuhabiskan dengan merehatkan diri (tidur), hahahaha tidur begitu signifikan dgn diriku. Sabtu yg telah meninggalkan aku itu telah mencoretkan sedikit warna-warni bersama rencahnya. Mana tidaknya daerah asing ini terputus bekalan air paip. Saluran paip graviti disini tersumbat pada mulanya aku menjangkakan mungkin pasir atau batu yg terlekat dalam paip itu kerna hujan turun pada hari sebelumnya.Untuk pengetahuan semua paip graviti disini diambil sumbernya dari anak sungai yang mengalir di kaki bukit.Namun semua tanggapan itu tersasar sekali kerna punca paip itu tidak tersumbat.Setelah di pam-pam air mula memasuki tangki. Aku membuka paip air namun masih tiada air.Ah... mana mungkin air tidak keluar sedangkan air di tangki ada? aku mebuka kepala paip itu. Alangkah terkejutnya aku seekor ikan yang telah mati keluar dari paip itu. Aku bingkas membuka semua kepala paip dirumahku...alangkah terkejutnya kerna dua ekor anak ikan yg masih hidup keluar lagi. Aku pun mengambil anak ikan puyu itu dan ku isi dalam bekas.Biarlah ia hidup selepas menempuh pelbagai liku didalam air namun ia berjuang untuk ia terus hidup.Terlintas dibenakku, walau bagaimana dugaan datang melanda walau sesusah mana hidup ini walau sesukar mana hidup ini, kita harus terus berjuang untuk terus hidup serta terus kuat untuk penghidupan ini.Namun dalam perjuangan itu ada yang tewas kerna lemah atau menyerah kalah pada hakikatnya kalah setelah berjuang bagiku lebih baik dari menyerah kalah sebelum berjuang.Kerna hidup ini tiada warnanya jika tidak diuji dengan masalah. Itulah realiti atau hakikatnya hidup ini.Pada petangnya aku bersama rakanku ke empangan kecil punca paipku untuk melihat kaadaannya.Rakanku meletak penapis bagi tidak membenarkan sebarang bendasing memasuki saluran paip itu.
Pagi ahad ini sekali lagi daerah asing ini digemparkan dengan satu kisah yg amat menarik bagiku. Mana tidaknya sedang aku asyik membasuh motosikal yang amat berjasa itu aku digemparkan dengan kehadiran ular. Aku bingkas bangun untuk melihat alangkah terkesima diri ini kerna ular hitam itu telah mati dibunuh oleh budak yg baru berusia 10 tahun. Terlintas difikiranku keterbiasaan sudah menjadi biasa bagi mereka yang biasa, namun bagi kita yg tidak biasa memang luar biasa. Begitu lah daesah asing ini jika di kampungku apabila digemparkan dengan ular kanak-kanak seusia dengan budak itu berlari ketakutan atau pun ibu bapa mereka melarikan anak yg masih kecil kerna kita telah dibiasakan dengan kata-kata "ular itu bahaya". Namun di daerah asing ini ia sedah menjadi permainan mereka kerna mereka lebih dididik untuk berdikari. Pada pengamatan ku ababila anak-anak mereka sudah bersekolah mereka bebas untuk bermain walaupun mereka baru memasuki prasekolah. Itulah kebiasaan mereka.
Bagiku benarlah ketidakbiasaan itu perlu dibiasakan untuk aku terus disini. Kerna jika aku tidak membiasakan apa yang kutidak biasa bagaimana untuk aku terus menabur bakti disini. Benarlah kata pepatah "masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau, menguak". Namun jangan lah kita menjadi kambing atau kerbau. Jadilah seperti ikan walau hidup dilaut yg masin namun isinya tidak masin. Biarlah kita tetap kita namun kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. insyaallah...
1 comment:
Hehe, lucu pun ada, di Lentang ni pun cikgu2 di sini pernah cerita benda yg sama, paip tersumbat rupanya ada ikan yg masih hidup. Sama kes la, air dr sungai.
Erm, suka ayat ni..
"Jadilah seperti ikan walau hidup dilaut yg masin namun isinya tidak masin. Biarlah kita tetap kita namun kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling."
Post a Comment