Thursday, September 6, 2007

AKU KAH INI ATAU TIDAK ?

Malas nak tulis merapu ari nie... Apa kata kita main satu permainan... Hihihihihi, untuk pengetahuan semua aku tidak pernah lagi publish gambarku kepada umum. Jom teka mana satukah rupa tuan empunya blog ini. Sila pilih mana satu antara gambar yang dipaparkan disini.... And you all tulis kat comment wish one ok.
Ok pilihan pertama, berbaju merah bertahi lalat di tepi dahi adakah dia rupaku? senyumanku menawan sekali.

Pilihan kedua, rupaku dah berumur, namun tetap kacak bergaya. pilihlah aku...

Pilihan ketiga, aku masih muda, tapi tidaklah begitu muda,hitam manis kacak sekali.

Pilihan keempat, wajahku bersih, berseri sekali. gayaku usah dipersoalkan...
Pilihan kelima, aku tegap sekali, persis jaguh bina badan. Mau lawan... Marilah.
Pilihan keenam,Wajahku x lah seberapa, namun manisnya ada. Pilihlah aku...
Pilihan ketujuh, aku hanya seorang yang simple dan mahukan simple life...
Pilihan terakhir, wajahku persis pelakon terkenal,namun aku tetap aku.

Terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi memilih siapakah tuan rumah yang ntah apa2 ini.

Wednesday, September 5, 2007

Belated wish...

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY BELOVED KAK DIB & HAPPY ALWAYS.
Semerbak harum gubahan bunga,
Dihias cantik buat sang puteri,
Selamat hari lahir ucapan teristimewa,
Semoga hidupmu terus berseri.
twinkle twinkle birthday cake
forget the years for goodness sake!
and think all of who..
have brighter lives because of you..
we know, we sure do!
happy birthday!!

Merapu di Titom.

Wallah... enaknya bila mengadap rezeki pemberian ilahi. Segala nikmat itu terpancar bermula dari setitik keringat usaha. Tanpa usaha semuanya mustahil, tiada apa yang datang bergolek. Excellence is never an accident, it is always the result of high intention, sincere effort, intelligent direction, skillful execution and the vision to see.
Syaaban sudah berada di penghujungnya, insyaallah layarnya bakal berlabuh. Sinar nur Ramadhan mula menggamit hati-hati manusia yang beragama islam. Mungkin rabu depan bermulah ibadah puasa. Puasa disini sama saja mengikut rukun yang di tetapkan namun yang berbeda adalah senario disini. Jika petang-petang puasa diluar semua berpusu-pusu ke bazar ramadhan , Mencari juadah yang istimewa atau sekadar mencuci mata menghabiskan masa. Tidak disini, jika petang bujang-teruna disini sibuk persis ibu-ibu dirumah memasak untuk juadah berbuka. Walau simple namun ia lebih bermakna.
Bercakap mengenai juadah istimewa, malam ini menunya memang best hingga ada yang tambah nasi sampai 5 kali. Begitulah di sini, apa yang sikit dikongsi sama sikit, yang banyak dibahagi sama rata. Ibarat sebuah keluarga. Bertuah aku ditempatkan disini, jika guru-guru di luar berselisih bahu pun x tegur, macam orang lain namun disini kami ibarat sebuah keluarga besar. Susah senang bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Opss lupa pulak, menu malam nie GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN, yummy... thanks to my gb bersusah payah meredah hutan belukar demi membeli ikan patin (yang harganya cekik darah tu) di simpang yang jauhnya kira-kira 7 km. Hihihi 7 km? gelak kecil bila mendengar hanya 7 km bukan? Namun 7 km itu oleh menambil masa 2-3 jam perjalanan melalui denai belukar yang berlembah dan berbukit. Tak percaya? what ever...
Semalam test power buat kuih keria ( betul ke nama dia) ye lah nak menghadapi bulan puasa ni kena lah bersedia. Tapi x jadi sangat coz terlebih tepung. wiwiwi... yang penting licin jua. Nanti nak tanya kakak den dia online ke tak malam nie? jumlah tepung n keledek banyak mana?. Bak kata En Waja yang tukang goreng kuih nie sedap ke tak sedap janji boleh makan. En Avanza plak kata biasalah resepi ala titom...

Harini cuaca mendung je, belah petang plak hujan sampai la ke malam... Aduh hujan... bukan ku marah bila hujan malah bersyukur kerna ia rahmat ilahi. Tapi bila hujan begini jalan becak dan berselut. Esok pula nak keluar ke simpang menghantar pengawas peperiksaan keluar. Ohhh tuhan permudahkanlah perjalanan kami esok dan jauhilah dari bencana yang menimpa. insyaallah.

Tuesday, September 4, 2007

SOFEA ALLYSHA part 2

Seindah wajah, semanis senyumanmu sofia allysha, Wajah yang sukar untuk ku padam dalam mindaku, wajah yang suci ini selalu bermain dalam benakku. Masih ku ingat lagi ketika majlis kesyukuran serta akikahmu diadakan meriah sekali bagaikan kenduri walimatul urus dibuatnya. Dua khemah besar didirikah bagi menampung tetamu, seekor lembu tumbang bagi santapan semua. Pelamin mini dibina khas buatmu, persis pengantin kau diandam, busana gaun moden, lengkap bertiara. Cantik sungguh melihat kau diarak keliling tetamu dialunkan gemersik suara marhaban menceriakan majlis. Rambutmu hitam ikal mayang itu dipotong sebagai tanda. Air mawar direnjis, tamar dan emas dibelah mulutmu. Meriah benar kau diraikan. Indah benar memori itu. Tubuh montokmu ditambah kegebuan kulitmu membuatkau bertukar tangan semuanya mahu mengendongmu. Dari satu tangan ke satu tangan kau berpaut. Senyuman terukir dibibir, ibu, ayah, maktok, atok malah semua sekali. Biar peluh mengalir bersusah payah melayan tetamu namun dihati ...puas. Dari kelahiran yang dinanti hingga majlis kau diarai. Tubuh gebu mu yang dulu moggel sekali dari sehari ke sehari susut, hinggakan gelang emas yang kaupakai ke bahu. Biarlah kebahu janji kau sudi memakainya. Hingga menampakkan tulang temulang. Dari susu berharga biasa hingga susu beharga puluhan ringgit kau minum. Susu ibumu semuanya tidak meberi kesan. Tubuhmu lesu. Sedih benarku lihatmu. Perutmu kian membesar... buncit, nafasmu tak selancar dahulu. Air mataku selalu mengalir bila melihatmu. Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul... Namun harapanku,ibumu,ayahmu dan semua tetap kuat. Bilang saja dimana bomohnya, akan kami pergi. Ubat mana, semahal manapun semuanya sanggup berkorban buatmu. Semuanya mahu kau tersenyum seperti dahulu, semuanya mahu kau bermain ketiga di sergah. Kini kau hanya memandang tidak lagi bermain seperti dahulu. Hospital sudah menjadi rumah keduamu. Tangismu seringku dengar ketika ibumu memaksa kau makan ubat... terngiang kata-kata pujuk ibumu " adik... makan ubat nanti adik cepat baik kan adikkan..." Ibu mana yang tak terguris melihat anaknya menangis namun diketepikan demi ubat itu. Masih kuingat cerita sang ibu itu, X tidak beri anaknya ubat kerana kesian tengok anaknya menangis, kini anaknya kritikal. Itulah semuanya kesian. Namun jangan menyerah kalah sebelum berjuang... tekat dibulatkan, azam dikuatkan, restu dipohon... takdir penentu segalanya...

bersambung.....

lihat SOFIA ALLYSHA part 1 disini.

juga

lhat Dalam kenangan disini.

Monday, September 3, 2007

UPSR & Belated birthday alang...

I wanna wish happy belated birthday to alang... wish may god bless u. Alang menyambut hari lahirnya pada 31 ogos kira anak merdekala dia nie... And to my untie terima kasih kerana blanje sate & yong tau fu masa malis tu. yummy...Kek dia pon best.
Hari ini 3 hb september 2007 bersamaan isnin, adalah bermulanya peperiksaan upsr seluruh Malaysia. Selamat menjawab buat semua pelajar tahun 6 terutamanya, murid-murid tahun 6 sk titom. Doa dan restu para guru sentiasa mengiringimu. Pagi ini peperiksaan UPSR bermula dengan kertas Bahasa Malaysia pemahaman & penulisan,kemudian matematik kertas 2. Aku dok ronda-ronda meliht situasi mereka menjawab soalan. Aku dapat lihat pelbagai aksi dan telatah mereka. Ada yang tekun menjawab, ada yang mengelamun, dan ada yang termenung memandang syiling... Teringat aku semasa menjawab soalan peperiksaan dahulu. Namun memori aku menjawab soalan begitu indah sekali, namun sukar ku lupakan menjawab soalan sambil aku mengidap Hiperhidrosis, teial-kial jugalah dibuatnya. Pengawas pepeiksaan sangka aku meniru kerana aku membawa sapu tangan kedalam dewan pepeiksaan. Ye lah buat alas kalu tak.... habis la kertas jawapan tu...Namun itu kisah dahulu... biarlah ia menjadi kenangan terindah buat diriku....

Sunday, September 2, 2007

Laksa citarasa Titom

coming up next..... tepek gambau dulu ceritanya nanti ok.

Saturday, September 1, 2007

Jasamu Dihargai... 2007

Tempat :
Mama Tom Yam House
Tarikh :
30 hb Ogos 2007
Masa :
8.30 Malam
Acara : Majlis Makan Malam Jasamu Di Hargai
Tetamu :
Warga Sk Titom
Menu :
Tomyam campur
Siakap tiga rasa
Sotong goreng tepung
Kangkung belacan
Telur Bungkus
Buah-buahan
Air sirap
Wow dah lama x dapat makan besar sama-sama, alhamdulillah dapat juga aku & the geng makan besar malam tu. Ye lah dah bersusah bekerja membanting tulang menjayakan pelbagai program disekolah now jasa-jasa kami dibalas dengan jamuan makan malam itu. Namun jasa kami... bukan dipinta balas, semuanya ikhlas. Demi memperjuangkan nasib anak bangsa disini. Alhamdulillah semoga ia menjadi perangsang untuk kami menabur bakti di daerah terasing ini. Orang memberi, kita merasa. Bak kata pepatah. Walaupun ada kawan-kawan yang tidak dapat hadir kerana kekangan tugas masing2 namun majlis berjalan seperti yang diatur. ye lah makanan ditempah untuk 15 orang namun yang hadir dalam 10 orang je. Hihihihi buncit perut-perut kami semua membedal makanan yang lazat-lazat tu. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar, ucapan yang ringkas sekali namun penuh makna. Dengan bacaan doa oleh En Karl maka semua mulut memulakan kunyahan masing-masing. Malam itu kami dikejutkan dengan kejutan yang diluar jangkaan... Guru besar dengan baik hatinya telah menghadiahkan kami semua dengan sehelai t'shirt yang ditempah buat kami. Walaupun nilainya x seberapa namun keikhlasan serta memori itu bakal terpahat. Bertuah kami... Malam itu malam kemerdekaan malaysia ke 50, majlis sambutannya kami x endahkan, acara itu biarlah ia berlangsung. Kami kekenyangan malam itu kemerdekaan disambut dirumah. Tidak patriotikkah kami jika tidak menyambut kemerdekaan di dataran? Kami lebih selesa menyambutnya dengan cara kami. Hanya dengan sujud syukur kepada maha esa dan bacaan yasin. Merdekah jika kita hanya terkinja-kinja menyambutnya, merdeka hanya pada fizikal namun rohaninya? biarlah jika aku diaanggap berfikiran sempit... Aku punya caraku untuk menunjukkan aku cintakan negaraku. Aku hargai kemerdekaan ini.
Jangan ditanya apa sumbangan negara pada kita, tapi apakah sumbangan kita pada negara ini?
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !