Sunday, September 9, 2007
LELAKI INI.
Hujan.
Hari masih gelap dilangit. Dalam hatiku terdetik adakah hujan ini akan terus berlarutan. Dugaan akan makin bertambah bila hujan melanda. Adakah ramadhan kali ini akan diiringi cuaca lembab.Tahun lepas ramadhan dengan cuaca kering Adakah ramadhan kali ini akan menguji iman kami setelah tahun lepas ramadhan disini kami lalui dengan cuaca yang baik. Mungkin itu ujian yang bakal kami lalui, Aku berdoa agar ramadahn kali ini akan berlalu dengan baik dan kami dapat memenuhkan keberkatan disini... Insyaallah. Hujan satu nikmat, Ramadhan satu keberkatan, Disini satu pengorbanan....
Saturday, September 8, 2007
Sebiji Epal Hijau...
Pagi ini, sabtu aku bangun sedikit lewat, biasalah sengaja aku rebahkan kembali badanku selepas kewajiban tertunai. Mataku ku pejam erat-erat namun sebiji epal hijau terus bermain-main dibenakku. Lantas aku bangun ke bilik mandi... kubuka paip airnya kecil sahaja. Air jernih mula keluar... sejuknya !! niatku tadi ingin mandi kubatalkan saja. Langkahku kembali ke katil, namun langkahku mati bila teringatkan sebiji epal hijau itu... Ahhh... mengapa?? Aku berlalu, membawa baldi yang penuh dengan baju ku kumpul seminggu lamanya. Aku asing-asingkan baju, seluar, stokin dan segalanya.
Yang kotor kurendamkan dengan vanish, yang biasa-biasa aku terus basuh dengan sabun buku dan dynamo. Memang aku agak malas menyental baju-baju ku maka aku gunakan sabun-sabun yang boleh menghilangkan kotoran tanpa perlu ku sental kuat2. Selesai ku sental baju itu kubilas membuang sisa sabun dan kurendam dengan pelembut. Rajin benar ku hari ini membasuh segala baju-bajuku, teman serumahku juga rajin habis satu rumah dikemasnya. Sedang asyik aku membasuh baju.... teriakan teman serumahku begitu nyaring memanggilku diruang membasuh. Aku yang basah lencun ini mengintai apa yang jadi... oh rupanya dia menunjukkan gambar lamanya yang entah mana jumpanya. Ku lihat wow betulke??? kurus nye tak macam sekarang montok. Hari semakin meninggi aku terus menyidai pakaiaanku diampaian. Wah... hampir penuh ampaian itu kukuasai.
Fikiranku masih teringatkan epal hijau... manakah epal hijau itu? mana datangnya? tidak mungkin datang dari pokok durian di sebelah tandas sekolah itu? Ajaib jika pokok durian berbuah, buah epal. Seperti di Buletin Utama semalam kucing beranakkan anjing. Namun itu semua bukan mustahil...Semuanya ketentuan tuhan. Perutku mula berkeroncong menyanyikan lagu adibah nor mungkin... Aku terus ke dapur melihat,meninjau mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah rezeki memang ada. Nasi goreng dan telur mata.
Hari yang tadinya cerah sedikit mendung... Selang seketika rintik-rintik hujan mula turun, aduh pakaianku dijemuran. Biarlah... baru saja ku jemur. En 745, En Cak & aku terus membelah rintik-rintik hujan. Kemana? Jeram untuk mandi yang sebenarnya akukan belum mandi lagi dari pagi... sejuk benar pagi tadi. Jeram yang pertama dibatalkan saja kerana ada sesuatu yang menghalang... Perjalanan diteruskan lagi, lembah direntasi, semak dilalui, berjalan dalam kesamaran itu yang boleh digambarkan jalan ke jeram Gleket ni. Kering membawa kami jalan yang betul-betul asing... Namun keindahan jeram ini begitu mempesonakan. Epal hijau terus menemaniku sepanjang masa. Aku sudah tidak memikirkan sangat tentang epal hijau itu. Hujan rintik-rintik mula menemani kami di jeram ini. Kering & the gang telah lama berlalu pergi sejuk katanya. Kami masih menikmati keindahan jeram ini sambil ditemani gerimis. Sudah puas mandi-manda kami beredar mengikut langkah kami, jalan yang kering tunjuk tadi tidak mungkin kami jejaki. Kami rela meranduk keseberang dari melalui semak samun yang tebal itu.
Langkah diteruskan melalui perkampungan usang disini, Kelibat anak-anak kecil berlari bila ternampak kami. Takut mungkin. Senyuman ku tidak lekang agar perasaan takut mereka sedikit hilang. Namun mereka bertempiaran lari masuk ke rumah buluh mereka. Ku jejaki jalan ke sekolah, aku melintasi sebuah anjung rumah, kelibat kanak-kanak kecil mengintai dicelah-celah dinding buluh jelas nampak. Aku memangil mereka... namun mereka terus membatu. Lantas ku terpandang Sebiji epal hijau ditanganku. Walaupun berat namun kurela berkorban... Epal hijau itu kuhulurkan kemereka... Mata bundar mereka tenang memangdangku seolah-olah mengatakan betulkah niatku itu memberikan epal hijau itu kepada mereka? Aku mengangguk perlahan dan mengatakan ambillah... Senyuman terukir dibibir mereka epal hijau telah bertukar tangan. Biarlah ....kerana sesungguhnya itu memang hak mereka, jika rezeki itu tertulis untukku, dibuat macam manapun ia tetap hakku. Namun jika bukan untukku walau kujaga rapi kukelek kemana namun ia tetap tidak dapat padaku...
Sakit apa !!!
Okay lah arini den macam malas skit je...but tugas tetap tugas den jalankan macam biasa penuh tanggungjawab. Dalam pukul 10.00 pagi tengah den asyik ym ngan doreen tetiba je datang sorang budak ke staff room, mengatakan amra menangis dia sakit perut... and En Dw yang duk depan den (ngah ym gak tu) suruh budak tu datang ke staff room.
Selang beberapa minit kemudian datanglah amra terkedek-kedek sambil menangis. Langkah diatur penuh longlai, sambil sesekali tangan kananya mengesat air mata. Tangan kirinya pula tidak lepas dari memegang dadanya. Nafasnya berombak ditambah sedu-sedan esak tangisnya. Langkahnya terhenti di depan pintu masuk ke bilik guru, tangan kananya mengetuk pintu, Good Morning sir, may i coming sir?. Begitulah tradisi yang diasuh disini, meminta izin untuk memasuki kelas atau dimana sahaja. Nilai murni itu sudah menjadi sebahagian tradisi disini. Kami berpaling melihat amra. Tanpa suara En Dw mengangguk... tanda membenarkan amra masuk. Langkah diatur terus ke meja En Dw. Dengan muka seposen ia memandang tepat ke wajah en dw seolah-olah meminta simpati. Dari sinar mata yang bundar itu tersimpan kesakitan yang dipendam. En dw membuka mulutnya...
Kenapa amra hek sakit perut ke? dah makan?
Amra pantas menjawab, dengan suara sedikit perlahan... ntok cikghu...eng x sakit perut, eng sakit paru-paru...
hahahahahahaha.... aku yang duduk didepan en dw ketawa tanpa mempedulikan amra, begitu juga dgn en dw. Setelah puas ketawa aku memandang amra... biar betul budak ni.lantas aku dan en dw bangun suruh amra baring di bilk rehat....lawak betul budak ni dalam sakit tu boleh buat lawak lagi.
sakit paru-paru..hihihihi aku berlalu dan berkata kepada en dw, nasib baik sakit paru2 kalau dia sebut sakin ingsang tadi lagi kes naya...
Friday, September 7, 2007
Busy...
Thursday, September 6, 2007
AKU KAH INI ATAU TIDAK ?
Pilihan kedua, rupaku dah berumur, namun tetap kacak bergaya. pilihlah aku...
Pilihan ketiga, aku masih muda, tapi tidaklah begitu muda,hitam manis kacak sekali.
Terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi memilih siapakah tuan rumah yang ntah apa2 ini.
Wednesday, September 5, 2007
Belated wish...
Merapu di Titom.
Tuesday, September 4, 2007
SOFEA ALLYSHA part 2
Seindah wajah, semanis senyumanmu sofia allysha, Wajah yang sukar untuk ku padam dalam mindaku, wajah yang suci ini selalu bermain dalam benakku. Masih ku ingat lagi ketika majlis kesyukuran serta akikahmu diadakan meriah sekali bagaikan kenduri walimatul urus dibuatnya. Dua khemah besar didirikah bagi menampung tetamu, seekor lembu tumbang bagi santapan semua. Pelamin mini dibina khas buatmu, persis pengantin kau diandam, busana gaun moden, lengkap bertiara. Cantik sungguh melihat kau diarak keliling tetamu dialunkan gemersik suara marhaban menceriakan majlis. Rambutmu hitam ikal mayang itu dipotong sebagai tanda. Air mawar direnjis, tamar dan emas dibelah mulutmu. Meriah benar kau diraikan. Indah benar memori itu. Tubuh montokmu ditambah kegebuan kulitmu membuatkau bertukar tangan semuanya mahu mengendongmu. Dari satu tangan ke satu tangan kau berpaut. Senyuman terukir dibibir, ibu, ayah, maktok, atok malah semua sekali. Biar peluh mengalir bersusah payah melayan tetamu namun dihati ...puas. Dari kelahiran yang dinanti hingga majlis kau diarai. Tubuh gebu mu yang dulu moggel sekali dari sehari ke sehari susut, hinggakan gelang emas yang kaupakai ke bahu. Biarlah kebahu janji kau sudi memakainya. Hingga menampakkan tulang temulang. Dari susu berharga biasa hingga susu beharga puluhan ringgit kau minum. Susu ibumu semuanya tidak meberi kesan. Tubuhmu lesu. Sedih benarku lihatmu. Perutmu kian membesar... buncit, nafasmu tak selancar dahulu. Air mataku selalu mengalir bila melihatmu. Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul... Namun harapanku,ibumu,ayahmu dan semua tetap kuat. Bilang saja dimana bomohnya, akan kami pergi. Ubat mana, semahal manapun semuanya sanggup berkorban buatmu. Semuanya mahu kau tersenyum seperti dahulu, semuanya mahu kau bermain ketiga di sergah. Kini kau hanya memandang tidak lagi bermain seperti dahulu. Hospital sudah menjadi rumah keduamu. Tangismu seringku dengar ketika ibumu memaksa kau makan ubat... terngiang kata-kata pujuk ibumu " adik... makan ubat nanti adik cepat baik kan adikkan..." Ibu mana yang tak terguris melihat anaknya menangis namun diketepikan demi ubat itu. Masih kuingat cerita sang ibu itu, X tidak beri anaknya ubat kerana kesian tengok anaknya menangis, kini anaknya kritikal. Itulah semuanya kesian. Namun jangan menyerah kalah sebelum berjuang... tekat dibulatkan, azam dikuatkan, restu dipohon... takdir penentu segalanya...
bersambung.....
lihat SOFIA ALLYSHA part 1 disini.
juga